Menilai Kembali Barisan Nasional
Manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun
1995 bertemakan, "Berwawasan, Adil dan Efisien,". BN berjaya memenangi
162 kerusi Parlimen dan 338 kerusi Dewan Undangan Negeri. Dalam
pilihanraya umum tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam
kerajaan. Beliaulah Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan
Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. Anwar Ibrahim
memberi sumbangan yang besar dalam kemenangan besar BN
itu. Pilihanraya 1995 itu merupakan pilihanraya umum yang pertama sejak
Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Harapan rakyat
kepadanya untuk membawa perubahan adalah tinggi. Dia dilihat sebagai
bakal Perdana Menteri.
Rasuah Di Kalangan Pemimpin Kerajaan BN
Tetapi
Anwar gagal untuk membawa perubahan dalam Umno dan BN yang
memerintah itu.
Pada 2 September 1998, lima tahun selepas dilantik menjadi Timbalan
Perdana Menteri, Anwar disingkirkan dari jawatan dan kini merengkok
dalam penjara. Tuduhan salahguna kuasa polis dan salahlaku seks
direka-reka
semata-mata.
Isu sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan
oleh pucuk pimpinan tertinggi dalam kerajaan BN itu sendiri. Perdana
Menteri dan menteri-menteri kanan yang rapat dengan Perdana
Menteri itu adalah pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.
Anwar Lancarkan Perang Lawan Rasuah
Anwar cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah dan penyelewengan itu. Ketika
beliau memangku jawatan Pemangku Perdana Menteribeberapa minggu ketika
Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara, Anwar Ibrahim telah
membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997. Inilah kesalahan besar
Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana
Menteri dan mereka yang bersubahat dengan Perdana Menteri. Mereka berasa
tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah1997
itu. Kenapa? Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang
telah
berhenti dari jawatannyake mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku
rasuah semasa memegang jawatan Menteri itu dulu. Akta itu memberi tempoh
10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah
itu.
Menteri-Menteri Rasuah Cemas
Akta
sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang
Menteri itu sudah kenyang membuat rasuah, dia boleh memilih meletak
jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak ada
peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri
berkenaan. Jika hendak didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah
didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya. Pindaan inilah yang
menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa
cemas. Mereka bimbang jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana
Menteri, Anwar akan menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk
mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.
Konspirasi Peringkat Tertinggi Bermula
Lalu
selepas itu, rintitan sejarah pun terjadi seperti diketahui umum.
Surat-surat layang bermula. Buku 50 Dalil dikarang dengan tergesa-gesa,
tuduhan liwat dan salahlaku seks dicambah, ditetaskan dan dibiakkan.
Daim Zainuddin, Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Aziz Shamsuddin, Zela
Jalil,Ummi Hafilda, Azizan Abu Bakar, Khalid Jeffri masing-masing
bertemu, berbincang, merancang, menulis surat, janji-janji wang dan
kontrak bertukar tangan.
50 dalil Anwar tak boleh jadi PM - edisi 2
No comments:
Post a Comment