Gambar - sekadar haisan
|
Masalah
pelajar perempuan yang masih menuntut di institut pengajian tinggi
(IPT) dalam kegiatan maksiat dan pelacuran bukanlah satu perkara baru.
Sebuah akhbar pernah membongkar kegiatan tidak bermoral dilakukan
seorang pelajar berusia 20 tahun berasal dari Melaka.
Dia
yang mahu dikenali dengan nama Zila berkata, pinjaman pembelajaran yang
dibuat tidak mencukupi bagi menampung keperluannya. Kerana tidak
sanggup hidup susah dan terpaksa mengikat perut, dia memilih bekerja di
sebuah pusat hiburan di Bukit Mertajam untuk mendapatkan pendapatan
lebih.
Menurutnya, dia mampu memperoleh di antara RM150 hingga RM200
setiap malam dengan melayani kehendak pelanggan. Katanya, ada dalam
kalangan pelanggan yang akan membayar lebih sekiranya menemani mereka
hingga ke bilik tidur.
“Tidak semua orang tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar seperti kami. Pinjaman diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan. Selain tugasan yang harus dilakukan, kami juga perlu makan dan membeli barangan keperluan harian.
“Ada
rakan sebilik saya yang tidak bekerja sebagai pelayan, tetapi mempunyai
teman lelaki yang sedia memberikan wang kepada mereka. Sebagai pelajar,
mereka tidak akan mampu membayar semula bantuan diberikan, melainkan
menyerahkan tubuh kepada teman lelaki,” katanya.
Ayu
berkata, sebelum ini dia pernah ditawarkan untuk bekerja di sebuah
pusat hiburan di utara, bagaimanapun terpaksa menolak tawaran itu kerana
pihak berkuasa tempatan dan polis sering mengadakan operasi.
“Saya
sudah enam bulan bekerja sebagai pelayan dan pendapatannya lumayan.
Siapa sangka saya yang bertudung ke kuliah setiap hari akan berpakaian
seksi di waktu malam dan menghidangkan arak kepada pelanggan.
Saya tahu ia salah, tetapi semua ini dilakukan untuk memastikan saya tamat pengajian,” katanya.-Sumber
Masya'Allah...dikejar hidup duniawi, api neraka menanti mereka. Dunia Dunia....
ReplyDelete