Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, October 30, 2012

UMNO - BUMI KITA MILIK ORANG



(Utusan). Kongres Ekonomi Melayu 2012

Benarkah ungkapan kata-kata Mahathir semasa berucap di Kongres Ekonomi Melayu 2012, " Melayu kini mengemis di negeri sendiri ? Kenapa agaknya beliau sanggup menzahirkan ungkapa tersebut? Bukankah beliau sendiri telah " memerintah Malaysia selama lebih 20 tahun, dan berbagai-bagai program di laksnakan, tapi kenapa Melayu masih merempat di negerinya sendiri?
Memang benar dakwaan Mahathir tersebut kerana kedudukan ekonomi orang Melayu jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan orang lain khususnya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) tajaan Umno juga gagal meletakkan martabat orang yang ditempat yang sepatutnya. Jangankan 18 %, 10 % pun tidak dicapai. Kedudukan sekarang pun banyak bantu dengan pegangan ekuiti GLC kalau tidak sudah tentu lebih jauh merudum.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)  cetusan Tun Razak merupakan satu program sosioeknomi dan diperkenalkan pada 1971, bermatlamatkan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
  • mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
  • mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
 Dengan tamatnya DEB pada 1991, ianya disambung oleh Mahathir pula dengan DPN, tapi dasar DPN tidak lari seperti apa yang terdapat pada DEB, walau pun ada penggantian ianya akan di laksanakan sedara beransur-ansur dan apa yang penting bumiputra sudah mempunyai keyakinan diri untuk berdikari.
Dalam zaman pemerintahanya kenapa agaknya Dr Mahathir menyembunyikan fakta dengan menyatakan bahawa sebab sebenar orang Melayu tertinggal adalah disebabkan orang Melayu berpecah. Kegagalan Melayu ini benarkan kerana perpecahan atau pun kegagalan sistem pemerintahan itu sendiri? Kenapa tidak di katakan kegagalan pemerintahan menyebabkan ekuiti orang Melayu terus merudum. Antaranya sebabnya ialah pengamalan rasuah di kalangan pemimpin Melayu Umno; pengamalan kronisme sehingga projek-projek dibolot oleh segelintir orang yang berada di sekeliling pemimpin Umno; amalan Ali Baba dan sebagainya.

Pemerintah melayan kalangan hanya dari mereka yang rapat dengan Umno; kaki ampu; perasuah dan sebagainya sahaja yang diberikan peluang perniagaan menjadi antara sebab mengapa orang Melayu mengemis di negara sendiri. Ada orang Melayu yang berkeupayaan; kompeten; berbakat dan hebat dalam perniagaan dinafikan hak hanya kerana mereka bukan kroni Umno. Untuk itu janganlah Dr Mahathir hendak mencari alasan mengapa Melayu mengemis hanya kerana perpecahan sedangkan perkara sebenarnya ialah Umno sendiri yang gagal menguruskan ekonomi orang Melayu.

Kita ambil contoh Khazanah Nasional Bhd ditubuhkan untuk memelihara equiti Bumiputera terutama orang Melayu ternyata lemah dari segi ekonomi dan pemilikan ekuiti. GLC yang seharusnya menjaga kepentingan Bumiputera sebenarnya sudah hilang jiwa dan jatidiri Melayu nya.

Apabila kita berbincang kaitan dengan pengurusan GLC ( Goverment Link Company ), siapa CEOnya, siapa pengerusinya, akhirnya matlamat penubuhan GLC ini yang sepatutnya membantu mempertingkatkan ekonomi orang Melayu/Bumiputra akhirnya yang kaya hanya segelintir sahaja. Mungkin agaknya kalangan CEO yang di latih di barat dengan ilmu ekonomi liberal dan apa yang penting bagi mereka ialah keuntungan. Sebaliknya khidmat bantuan kepada Bumipurta / Melayu adalah satu liabaliti kepada mereka. Apakah kita masih ingat kemana lepasnya peruntukan hampir 60 billion untuk membaik pulih ekonomi Melayu?

Lihat sahaja bagaimana, Felcra, Felda, Tabung Haji, KWSP, masyarakat tahu bagaimana kepimpinan menyalah gunakan kewangan tersebut, rata-rata rakyat terkejut dengan elaun CEO dalam GLC ini, contoh Syabas hingga hampir setengah juta sebulan, mereka mewah rakyat papa kedana. Lihat bagaimana kewangan Felcra di gunakan, peserta yang menanggung azabnya. 

Rakaman tahniah dan syabas kepada Mahathir kerana sudah sedar apa yang sedang berlaku kepada Melayu, cuma rakyat sedih kerana beliau adalah PM yang paling lama memerintah, tapi pemerintahannya " kecundang " untuk memastikan Melayu hidup mewah di buminya sendiri.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA