Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, October 30, 2012

ANWAR - KENAPA PEMIMPIN UMNO MENENTANGNYA 1

Anwar Ibrahim, sejarah kepimpinan politiknya memang diperhatikan oleh sebilangan besar kepimpian politik tak kira parti pemerintah mau pun parti pembangkang, dan pada ketika itu hanya PAS sebuah parti pembangkang yang kuat dan ianya berahlikan orang Melayu 100%. Kemampuan beliau berhujjan dan pengalaman kepimpinan - memimpin organisasi belia - Khususnya ABIM ( Angkatan Belia Islam Malaysia ) selepas tamat pengajian dari UM, dan semasa di UM beliau juga adalah pemimpin yang memonopoli " speaker corner " di UM.

Beliau pernah memimpin pertubuhan belia antara bangsa ( WAMY - World Assosiation  of Muslim Youth ) dan beribu pejabat di Kaherah. Ramai rakan dan taulan di peringkat antarabangsa sering juga di jemput untuk membentangkan kertas kerja khususnya dalam pembangunan belia ( masa itu ) keakraban beliau tersebut di cemburui oleh ramai kalangn kepimpinan politik dan masing-masing berusaha untuk " memancing " beliau menyertai parti kelolaan mereka.

Akhirnya beliau menyertai UMNO - ianya adalah kejayaan Mahathir.


Zaman Anwar bersama Mahathir, juga Khalil Yaakub. Mahathir memberikan kepercayaan penoh kepada Anwar dan Anwar pula bergerak bagitu pantas dalam UMNO dan meninggalakan ramai " senior " UMNO, beliau sendiri merancang untuk kurang dari 10 tahun untuk ke tahkta kerusi Presiden.


Zaman kegemilangan - sebagai Ketua Pemuda UMNO, 
kelihatan Najib dan Tamrin.

Tapi setiap perancangan yang kita buat, perancangan dari Allah adalah yang terbaik, perancangan Mahathir  dan minat Anwar serta cita-cita beliau tidak sama. Cita-cita Anwar tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara untuk kepentingan pemimpin tapi kekayaan adalah untuk rakyat. Anwar sudah terbau " kekemarukan " Mahathir dalam membela kekayaan anak-anaknya dan tindak balas ini menyebabkan Mahathir sanggup memenjarakan Anwar dan akhirnya Anwar " berehat " di Sungai Buluh.

Dalam usaha untuk memperbaiki UMNO dari dalam rupa-rupanya Anwar juga tersilap di mana kalangan orang-orang Mahathir menunggu untuk " membalas dendam " atas " kelajuan " dan " kemanjaan dan keintiman " beliau dengan Mahathir.

Satelah Anwar di penjara dan kini kembali ke arena politik tanah air
kalangan rakan yang dulu bersama kini berpakat untuk menentang beliau.

Kesannya kini semua bekas orang-orang besar di dalam Umno bangkit bersatu untuk menantang Anwar, mereka bagi menghalang Anwar terus mara ke Putrajaya. Nampaknya kebangkitan ini begitu serius tanpa ada sedikit ruang kemaafan dan harapan diberikan kepada Anwar. Dalam mata mereka, mereka melihat Anwar begitu comot dan lebih jahat dari Yahudi.

Mahathir, Ibrahim dan Sanusi: Tidak pernah diam kutuk Anwar.
Siapa yang bangkit menentang Anwar itu benar-benar ikhlas untuk menentang Anwar atau mereka semamangnya ada atau mengalami krisis peribadi dengan Anwar. Justeru apa yang mereka perjuangkan menjadi tandatanya apakah fakta atau hujah penolakan mereka kepada Anwar benar-benar ikhlas ataupun kerana mereka kecewa disebabkan tidak dapat sesuatu dari Anwar - ini satu persoalan?

Antara mereka yang menunjukkan rasa benci yang cukup membara seperti  bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad, bekas ketua Pemuda Umno, Abdul Rahim Tamby Chik, bekas ahli MT Umno yang dilantik Sdr. Ibrahim Ali. Memang tidak dinafikan kebencian mereka dan mereka mampu mengheret pengikut turut sama membenci Anwar. Kebencian pengikut-pengikut ini adalah atas tajaan ketua-ketua mereka, walaupun mereka tidak pasti kenapa mereka merasai perasaan demikian.

Kadang-kadang tohmahan " pembenci " Anwar ini boleh melambangkan sendiri tahap dan daya pemikiran mereka, cuba kita ambil contoh kepada Sanusi Junid, ( Sanusi bersama Anwar di MCKK ), cukup mengejudkan apabila beliau sanggup mengemukakan dakwaan  kononnya Anwar adalah orang yang mengkhianati dan mengagalkan agenda ekonomi Melayu yang digagaskan Mahathir Mohamad. " Mahathir telah melaksanakan dasar seperti mana dilakukan Germany untuk tidak memberi lesen kepada orang Yahudi; dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada bukan Melayu bagi mengawal ekonomi negara "

Kita masih ingat siapa PM semasa DEB di laksanakan, siapa perancang DPN, dan bagaimana kedua-dua dasar ini mengalami  kegagalan dalam urusannya, dan ambil contoh DEB sasaran untuk memastikan ekuati Melayu di tahap 30% tapi malan hanya antara 10 - 18% sahaja itu pun ianya di monopoli oleh  syarikat kaitan dengan kerajaan seperti Tabung Haji. Ini lah tohmahan yang kurang meyakinkan oleh Sanusi Junid. Apakah Sanusi menganggap rakyat akan menerima sahaja setiap tohmahan beliau, mungkin orang Umno yang otak kemetot dan sudah berasap dengan Anwar akan menelan begitu saja tuduhan Sanusi itu tanpa usul periksa. Mereka akan jadi macam ikan lapam menelan tahi dari bawah jamban. Tetapi bagi mereka yang ada otak dan sudah dapat menghidu bau hasad dengki Sanusi akan menelaahnya terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA