Belanjawaan 2013 telah dibentangkan dan hari ini 1 Okt. 2012 pula Ketua Pembangkang telah memberikan hujah bagaimana keadaan semua negeri di bawah pemerintahan PR telah menujukkan prestasi cemerlang dalam pentadbirannya. Apakah dengan kecemerlangan ini menunjukkan PR sudah bersedia untuk ke Putra Jaya?
Sejak PRU12, pemerintahan UMNO / BN menunjukkan kekucar-kaciran, kedudukan di parlimen sudah gagal ke 2/3 majoriti, undi popular juga menurun serta kesemua negeri di bawah PR memberikan saingan kepada negeri-negeri di bawah pentadbiran UMNO, negeri di bawah PR lebih " mewah " dan lebihan perbelanjaan dan tersimpan dalam perbendaharaan kerajaan negeri. Negeri PR lebih mementingkan kesejahteraan RAKYAT. 
 
Kita dapat lihat bagai pemerintah dan oposisi terus memastikan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat di lipat gandakan - persaingan 
sengit antara kerajaan dan pembangkang, masing-masing cuba dan memberikan khidmat mutu dan 
kualiti  penghidupan rakyat di pertingkatkan, kepentingan rakyat lebih terjaga dan 
terbela. Golongan terpinggir, seperti ibu tunggal, pesakit kronik, 
keluarga miskin dan anak yatim merasa disantuni dan dimartabatkan.  
 Bagi mereka 
sebagai YB ( terutama YB UMNO / BN ) pula, bukan setakat berlumba-lumba untuk ringan tulang, turun padang menjenguk 
setiap penjuru kampung dan lokasi terpencil, malah di peringkat 
tertinggi, akan berusaha menawarkan pilihan lebih baik, dalam bentuk 
falsafah, dasar, polisi, pendekatan dan rancangan baru serta pelaksanaan
 dan sistem penyampaian yang cekap, efisyen dan sifar rasuah. 
Kini rakyat sudah sedar apabila setiap kemengan besar atau 2/3 majoriti akan meninggalkan kesan seperti mereka sama ada YB di Dewan Rakyat mau di DUN. Ianya meninggalkan kesan untuk mengisi kemewahan dalam penghidupan, kemenangan besar ini hanya dieksploitasi untuk menindas rakyat, membolot
 khazanah kekayaan negara dan merompak wang pembayar cukai. Perbahasan 
di Dewan Rakyat dan Dewan Negara turut menjadi lebih menarik dan 
mendebarkan.   
 
Perubahan dan penambahbaikan di negeri Pakatan Rakyat telah menyebabkan Pasca PRU13 di jadikan landasan untuk penambahbaikan program kepada UMNO, mereka dalam keadaan kelamkabut terus mendampingi rakyat dengan pelbagai pembaharuan, khususnya dalam bentuk skim kebajikan, terpaksa 
dilancarkan. Masing-masing mempunyai inovasi yang tinggi, walaupun 
sebahagiannya meniru atau mengadaptasi apa yang telah dilakukan oleh 
pihak lawan. Biarkanlah.
Misalnya, perubahan yang bermula di 
Kelantan, seperti lima hari bekerja, penambahan cuti bersalin, akhirnya 
dituruti kerajaan pusat. Begitu juga dengan pembaharuan terkini di 
negeri-negeri Pakatan Rakyat, contohnya pakej bantuan kepada ibu 
tunggal, golongan pelajar, keluarga daif, khairat kematian dan lain-lain
 lagi.
Program seperti BRIM, TRIM, bayaran persekolahan RM100, RM200 untuk pelajar IPT, keujudan kedai 1M, Klinik 1M, adalah kerana kerajaan ( BN ) sudah tidak selesa dalam pemerintahannya. Bukan itu sahaja, malahan " kesibokan " YB juga di peringkat yang paling maksima, mereka sentiasa turun padang, mereka sedia mengharungi  sungai, meredah hutan untuk mendekati hati pengundi, malahan Pusat Khidmat DUN dan Parlimen pun beroperasi seperti waktu pejabat.
 Kalau sebelum ini YB yang menang selesa hanya akan turun padang hanya pada sampainya PRU, tapi sudah tidak di PRU13 ini. Buruk perangai dan jelek laku kalangan YB-YB UMNO / BN dari dulu lagi memang sering diperhatikan, mereka perasuah, mereka sering menyelahgunaan kuasa, membina kroni, mereka mengongkong tugasan SPRM, SPR, PDRM dan hampir semua agensi kerajaan. Mereka menggunakan agensi ini untuk kepentingan untuk memastikan mereka terus berkuasa.
Dengan itu, melalalui PRU13 ini, adalah diharapkan PR akan mengambil alih Putra Jaya dan memastikan tahap penghidupan rakyat bertambah ceria dan dapat menikmati kenimatan di tahap semaksima yang mungkin. Rakyat juga mengharapkan agar YB dari PR nanti sentiasa mengelekkan apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO / BN.
 Kesimpulan PR berupaya mencorakkan kehidupan lebih baik 
hanya dengan menukar kerajaan persekutuan, sesuatu yang belum pernah 
"dicuba" selama ini. Selepas menyaksikan pelbagai perubahan 
kosmetik yang diusahakan BN, potensi PRU13 adalah yang terbaik untuk 
kita memliki transformasi sepenuhnya. Seperti kata Timbalan Mursyidul Am
 PAS, Dr Haron Din, keputusan pilihan raya bukan tanda berakhir 
segalanya. 
Bagi rakyat pula ianya amat mudah jika tidak berpuas hati dengan prestasi 
pemerintah yang baru dipilih nanti -- Pakatan -- mereka berpeluang 
mengubahnya dalam pilihan raya berikutnya. Silakan jika Pakatan juga 
menyeleweng dan mengkhianati amanah dan aspirasi massa.
Renungkanlah
 ... kita sudah mencuba, pertama, regim BN yang selesa mentadbir 
(sehingga mereka menodai segalanya) sejak begitu lama; begitu juga, 
kedua, merasai persaingan sengit BN-Pakatan pasca PRU12; dan kini, kita 
sedang melalui babak ketiga, ya, apa salahnya memberi peluang kepada 
kerajaan baru membuktikan tekad mereka. 
Biarlah selepas itu, 
rakyat dapat membuat penilaian seadilnya, dengan melalui sendiri 
pengalaman sebenar, tanpa mudah dipengaruhi apa jua propaganda murahan, 
'kan?
 
No comments:
Post a Comment