Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 2, 2012

PRU13, BANYAK SANGAT MASALAH

Bisik sana sini masih kedengaran kata-kata bila dan masa mana agaknya Parlimen akan dibubarkan, bila dan tarikh mana yang menjadi idaman kepada UMNO / BN khususnya Najib untuk pembubaran tersebut? Persoalan dan pertanyaan ini terus berdengong di benat setiap mereka yang ingin melihat dan menghukum UMNO / BN yang sudah cukup dewasa dan nazak masa kini. Usia 55 tahun merdeka tapi keujudan UMNO 

Angin juga bertiup sepoi-sepoi bahasa menjelang syawal yang lalu, penulis menerima satu pesanan teks yang menyatakan bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam bulan Oktober dan tarikh mengundi ialah Ahad, 28hb Oktober.

Isu nya, tarikh ini muslimin dan muslimat masih  di Tanah Suci, musim haji. Kebiasaannya musim Haji hampir 30ribu umat muslim di Tanah Suci menunaikah fardhu haji, rukum Islam ke 5.

Dr Dzulkefly Ahmad
"Jika PRU13 diadakan dalam bulan Oktober iaitu bulan menunaikan ibadah Haji, ia akan menunjukkan bahawa Umno tidak menghormati ugama Islam.  Tentu Umno tidak begitu bodoh sebab jika ia berbuat demikian maka pengundi Melayu akan berpihak kepada PAS dan dengan kehilangan sokongan dari masyarakat Cina, tentu BN akan mengalami kesukaran untuk menang banyak kerusi dalam pilihanraya nanti," jelas Dr. Dzulkefly ( gambar ) yang juga AP Kuala Selangor. Sebaliknya beliau juga meramalkan pada September ini, kerana pada masa kini pertumbuhan ekonomi di luar jangkaan atau ianya ditunda ke 2013 nanti sebagaimana yang di inginkan oleh PM sendiri untuk bertugas hingga " edah " pemerintahan tamat.

Dalam pemerhatian penulis, memang sukar untuk PM " meruntuhkan " parlimen untuk membina parlimen baru, apa tidaknya kerana semua gerakerja yang di buat semua tak menjadi, kantong sudah kosong, banyak projek segera memancing undi dijalankan seperti, BRIM - gagal untuk meraih simpati, tayar - pemandu teksi hampa kerja, hasilnya rakyat masih tidak memihak kepada UMNO/ BN.

 Tapi apakah mampu Najib menghadapi PRU13 ini dengan sebagitu banyak permasalahyan yang di tinggalkan oleh kedua-dua PM sebelumnya - Mahathir dan Abullah. Kedua-dua mereka meninggalkan " permsalahan " yang akan menyebabkan Najib sebagai PM terakhir dari UMNO. Permasalahan ini adalah titik permulaan untuk Najib dan UMNO / BN meninggalkan Putra Jaya.
 
1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

 
* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

* Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.

* Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.

* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.

* Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat:

* Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.


3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

 
* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
* Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.

* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

* Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.

* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.

* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).

* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .

* Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.

* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.

* Memaksa Petronas membeli saham Proton.

* Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.

* Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

* Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.

* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.


4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).

* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).


5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa


* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis

* Mengganggu penyiasatan BPR

* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.


6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

 
* Keruntuhan makmal computer;
* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
* Keretakan PULAREK; dan
* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

 
* Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
* Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

* Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.


8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

* Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
* Kerugian pelaburan Tabung Haji;

* Kerugian RM15b Bank Negara;

* Kerugian RM40 juta AIM;

* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

* Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

* Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;

* Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;

* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;

* Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;

* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan

* Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.


10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

* Menutup dua MRSM di Terengganu;
* Menutup sekolah agama rakyat; dan

* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.


Walau bagaimana pun masih banyak lagi isu-isu yang belum sempat di paparkan, dan insyallah akan diusahakan sedikit masa lagi. Apakah dengan tercatatnya isu-isu di atas kepimpinan Najib sanggup dan bersedia untuk membubarkan parlimen dan membolehkan PRU13. Hanya Najib dan Rosmah yang mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA