Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, August 15, 2012

PENJENAYAH DI MALAYSIA TERPELIHARA.


Kini jelas, keadaan pengurusan dan pentadbiran negara sudah tidak di landas yang betul, memang semua mengetahuai setiap organisasi setiap pertubuhan, setiab persatuan apa tah lagi untuk sebuah negara perlu ada " tiang serinya " atau perlembagaan untuk memudah dan meyakinkan rakyatnya hidup dengan lebih selesa.

Tapi apa yang belaku kini lebih menyerlahkan bagaimana pihak pengurusan negara telah tidak lagi " berminat " untuk menjadikan perlembagaan sebagai " tiang seri " negara itu. Sebaliknya " tiang seri " ini dijadikan alat untuk mempertahankan salah laku yang dilakukan oleh pihak pemerintah itu sendiri. 

Kalau kita ambil bebagai salah laku pentadbiran negara, khususnya orang Politik amat " kritikal " sekali. Sebagai contoh apa yang berlaku kepada Sdr. Razifi Ramli yang melaporkan salah laku pengerusan NFC, yang peliknya pelapor yang bersalah bukan mereka yang melakukan kesalahan tersebut. 

Bagaimana Rafizi di dapati bersalah ? BAFIA 1989. Akta Bank & Institusi Kewangan. Apa isi akta ini? Akta ini memberikan perlindungan kepada penyimpan agar setiap  simpanan hanya yang tahu aantara penyimpan dan pihak bank sahaja. Jika ada perbalahan ianya amat perlu dirujukkan kepada pihak penimpan ( pendeposit ). Dengan itu jelas Rafizi telah melanggar akta ini kerana memberikan pendedahan kepada Penyelewangan dalam NFC itu sendiri. 
Ramai yang terkejut apabila Rafizi didakwa semalam, akibat mendedahkan kes NFC. Sebenarnya Malaysia sudah lama berperangai macam itu. Yang mendedahkan penyeleweangan akan didakwa tetapi yang melakukan penyelewengan akan terlepas. Yang rompak besar-besar - hukumannya terlalu minima. Tetapi yang curi kecil-kecilan akan dihukum secara berat, tak setimpal dengan kesalahan.
Yang rompak saham MITI - terlepas. Yang kena dakwa pegawai MITI. 
Hero  lama anti rasuah-Ezam, pernah dipenjara.  Yang rasuah, tak seorang pun didakwa.
Yang terlibat kes BMF terlepas. Ketua Audit pula yang dicemuh oleh  Mahathir!!!
Bawa pasukan kriket Israel ke Malaysia  tak salah. Yang menentang kedatangan pasukan kriket Israel pula  yang dipenjara.
Untong jadi penjenayah di Malaysia!!!!!!

( ianya hanya contoh sebagai rujukan dan perbinangan sahaja )

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA