Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 2, 2012

SIAPA SESAT - UMNO ATAU PAS

 Kebecian UMNO pada PAS memang tidak pernah luput dari ingatan dan mereka UMNO sentiasa mencari jalan bagaimana untuk memastikan PAS di talqinkan, tapi semua usaha UMNO ini masih belum dapat " restu " dari Allah, sebaliknya UMNO yang kini " terkial " untuk memastikan parti diterima oleh rakyat.

Penyertaan PAS dalam Gagasan Pakatan Rakyat bersama dengan PKR dan DAP menambahkan lagi peritnya UMNO untuk mentalqinkan PAS. Kini UMNO mengwar-warkan PAS sebuah parti dengan " cuba " menerapkan ajaran sesat ( PAS - PARTI AJARAN SESAT ) adalah satu lagu lama yang di mainkan semula, kerana mungkin pada masa kini peminat kepada PAS bertambah ramai, malahan bukan dari kalangan orang Melayu saja sebaliknya sudah mula diterima oleh Cina dan India, mereka juga sanggup menubuhkan Dewan Perhimpunan Cina / India yang berteraskan berjuangan untuk memastikan PAS dapat menandingi UMNO Mungkin agaknya UMNO menganggap isu ini masih dapat dipergunakan untuk mengekalkan agar kelompok PAS dan UMNO di negeri pantai timur ( Terengganu & Kelantan ) sebagai pemisah dapat diteruskan. 

UMNO sebenarnya " mati akal " untuk menangkis setiap isu yang dibawah oleh PR, kepimpinan PR berhujah semua dengan angka dan fakta, dan ianya diterima oleh rakyat. Tapi malang bagi mereka ( UMNO ) gagal untuk menangkis setiap isu rasuah, kronisma, salah guna kuasa, hidup bermewah. Rakyat sudah muak dengan cara UMNO. Umno merasa tergugat dengan tidak adanya isu kukuh untuk mempertahankan kedudukannya sebagai parti pemerintah buat masa ini. Justeru, parti itu perlu menarik perhatian ahlinya supaya tidak berganjak dengan memberi sokongan kepada Umno untuk terus menerajui negara.

Apa yang menakjubkan dengan berbagai-bagai kemudahan agn dkaitan dengan penyebaran maklumat, adanya media elektoronik, media cetak tapi semua maklumat yang di sampaikan tidak diperindahkan oleh rakyat, rakyat memandang maklumat yang diberi tidak mampu menangkis apa yang didedahkan oleh PR. Juga di fahamkan ada kalangan bloger yang ditanya sendiri oleh UMNO, itu pun mereka gagal berfungi dengan baik. Hanya mereka tahu " menghentam " dan " menjatuhkan " hukuman untuk Anwar dan berterusasn " mengkafirkan " kedua-dua tuan guru Nik Aziz dan Hj. Hadi.

Sebaliknya UMNO / BN menerima tamparan  demi tamparan dari rakan kongsi mereka, kini makin ramai kalangan kepimpinan pesara kerajaan yang berjawatan tinggi dan kalangan artist ( mereka menggelarnya Parti Artis Semalaysia ) yang menyertai PAS. Dari sudut politik pula, rakan-rakan dalam UMNO / BN itu sendiri juga sudah tidak " berminat " dengan perjaungan mereka sendiri. Apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak amat mengejutkan BN, 2 ahli parlimen di Sabah meninggalkan UMNO / BN dan satu kerusi DUN di Sarawak juga mengambil tindakan yang sama.

  Mereka meneruskan usaha agar PAS nampak kelihatan tidak bermaya untuk besama-ssama dengan PR, PAS perlu di adu dumba dengan DAP yang sememangnya dari dulu sudah memperlihatkan HUDUD sebagai senjata untuk tidak bersefahaman tersebut. Usaha sabagini amat diperlukan agar ahli-ahlinya tidak beralih arah dan terus memberikan sokongan padu kepada UMNO / BN khsusnya di PRU 13 itu nanti. UMNO juga amat terasa kini bahawa sokongan dari Cina dan India sudah tidak menentu, sokongan mereka sudah mula merudum.

Isu " Pas - Parti Ajaran Sesat "  tapi apa yang di tonjolkan kaitan dengan kesesatan ajaran PAS adalah semuanya kaitan dengan agama majlis solat hajat, ceramah agama, forum dan lain-lain sedangkan Umno sering menyelitkan gerombolan penari dan artis yang memakai pakaian menjolok mata dan tarian ala lucah dalam majlsi mereka.
  " Di sini pun sudah jelas bezanya antara dua parti berkenaan dan jelas parti manakah yang sebenarnya sesat dan tidak sesat "
  Kesimpulannya, memang sudah berpuluh tahun Umno tidak berani berdebat atau muzakara mengenai  ajaran sesat dan kafir mengkafir dengan PAS, nampaknya Umno masih tidak serik dengan dakwaan bodoh dan jahat itu.Apakah kini Umno sedang menggeliat kepanasan seperti cacing di panas terik matahari, sudah ketandusan isu untuk memburuk-burukkan pembangkang terutama PAS, kerana seingat parti itu tidak ada jalan lain melainkan caranya menuduh PAS sesat supaya semua orang beri perhatian terhadap isu itu dan ahli Umno tidak mendekati PAS dalam apa jua majlisnya.

Jelas, daya fikir kepimpinan UMNO masih di takut lama, mereka amat mengharapkan agar ahli dan penyokong setia hanya mendengar dan dapatkan maklumat dari RTM, TV3 serta akhbar perdana keluaran mereka. Mungkin cara ini dapat mengelakkan rakyat menerima maklumat terkini kaitan dengan pembongkaran pengelewengan, salah guna kuasa, kronisma dan lain-lain buruk perangai mereka.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA