PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini memutuskan
untuk memilih tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema Hari
Kemerdekaan ke-55 menggantikan tema ‘Janji Ditepati’ oleh kerajaan.
Pengumuman
itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan
Pakatan Rakyat, Datuk A Samad Said pada sidang media di Ibu Pejabat PKR,
Tropicana di sini hari ini.
“Kita harus bermula dengan bangsa
untuk membina negara. Jadi negara, bangsa dan jiwa itu diambil
seringkasnya, dengan tidak ada apa-apa niat kecuali itulah niatnya –
untuk menyatakan secara kudus dan tulus.
“Kami rumus dan ranumkan sehingga kami memilih “Sebangsa, Senegara, Sejiwa,” kata Pak Samad yang juga Sasterawan Negara.
Turut
serta pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali,
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir
Sheikh Fadzir, Ahli Jawatamnkuasa Bersih, Dr Toh Kin Woon dan Ahli
Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.
Jawatankuasa itu turut dianggotai
bekas Pengarah Eksekutif Women’s Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah dan
bekas Pengerusi Proham, Tan Sri Simon Sipaun
Menurut Pak Samad,
tema itu menurutnya diambil daripada cadangan yang diilhamkan Alhaimi
Adam yang diterima daripada jawatankuasa itu melalui emel bersama 250
cadangan lain.
Ditanya sama ada tema baru itu akan dicadangkan
kepada kerajaan, Pak Samad berkata ia terpulang kepada kerajaan sama ada
mahu mengambil tema baru itu atau sebaliknya.
“Dia (kerajaan)
kena ingat, (tema ini) datang dari rakyat sendiri. Kalau dia tak nak
dengar kita (Pakatan Rakyat) tak apa…tapi dengar kata rakyat,” ujarnya.
Mustafa
Ali pada sidang media sama pula berkata, pemilihan tema oleh Pakatan
Rakyat lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan
jiwa seluruh rakyat Malaysia.
Ianya juga jauh berbeza dengan tema Janji Ditepati yang lebih mirip kempen politik Umno BN.
“Kita
turut cadangkan logo dan lagu mesti serasi dan selari dengan tema yang
dicadangkan. Kami akan hantar secara rasmi kepada kerajaan Malaysia,”
katanya.
eshan harakahdaily.
No comments:
Post a Comment