Kini pertengkaran di ujudkan semula khusus kaitan dan peranan yang dimainkan oleh UMNO / BN atas kerjasama PR dengan DAP. Bagi UMNO / BN, DAP adalah sebuah parti yang cukup rasis, perkaumannya cukup melampau dan dengan itu berbagai-bagai cerita di laporkan untuk penerimaan orang Melayu terhadapnya terhakis.
Tahun 2012 adalah tarikh ulang tahun ke 46 DAP, ialah ditubuhkan pada 18 Mac 1966, penubuhannya sah di sisi perundangan Malaysia, sebaliknya rakyat khususnya dari Orang Melayu, menelan bulat-bulat apa yang di suarakan oleh kepimpinan BN / Perikatan. DAP adalah parti komunis, cauvinis serta mementinngkan orang Cina sahaja.- Ianya satu Fitnah.
Kini DAP menyertai gagasan Pakatan Rakyat ( PR ) bersama-sama dengan PKR dan PAS. Sebelum DAP bersama-sama dengan gagasan ini pun ramai kalangan kepimpinan mereka adalah penghuni di ISA di Taiping, dan tidak ketinggalan LKS itu sendiri. - kemasukan beliau adalah kerana kononya telibat dengan peristiwa berdarah 13 Mai 1969. Bukan setak LKS, malahan ramai lagi termasuk pengerusi masa kini KS, LGE, Teresa Kok.
Pendek kata tidak ada parti politik yang sah di sisi undang-undang di negaa ini di mana barisan kepimpinanya paling ramai menjadi mangsa ISA. Semuanya kerana perjungan mereka membela rakyat serta mendendahkan penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan UMNO / BN.
Lihat sendiri bagaimana LGE yang membela sorang gadis sunti Melayu di Melaka, beliau di tahan semata-mata kerana mempertahankan salah laku kepimpinan UMNO, dan sebaliknya pemimpin hidup bebas dengan nafsu serakah dan pelapor pula yang dihumbankan ke penjara.
Sebahagian dari apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP
di Pulau Pinang untuk pembangunan Islam.
Kini DAP meneruskan pejuangan untuk membela rakyat Malaysia, mereka berjuang atas dasar penindasan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO / BN itu sendiri. Mereka cekalkan rasa komitmen dan meneruskan pejuangan tersebut. Kini sudah 46 tahun usia DAP ianya tetap cekal, dengan berbekalkan Perlembagaan Persekutuan yang diterima pada 1957 peruangannya membara untuk membebaskan rakyat dari cengkaman politik perkauman dan salah guna kuasa serta korupsi.
lagi paparan kaitan dengan apa yang dilaksanakan
oleh DAP untuk Islam di Pulau Pinang.
Perjuangan ini akan diteruskan, Generasi masa kini lebih memahani erti perjuangan, mereka sudah afdal dalam membezakan antara kebenaran dan fitnah.
Perjuangan DAP bersama PR ini telah menampak hasil untuk memastikan Malaysia kembali ke landasanyang sebenarnya.
sambungan ; benarkan DAP rasis?
No comments:
Post a Comment