" Pegawai dan kakitangan kerajaan masa kini harus bersyukur dan
berterima kasih kepada Kerajaan pimpinan BN yang sentiasa membela nasib
masa depan mereka. Kedudukan mereka yang berada dalam senario selasa
adalah hasil rancangan terbaik kerajaan BN " AP Pasir Salak ( gambar )
merangkap Pengerusi Felcra.
" Kebarangkalian perubahan dalam sistem sekarang tidak mustahil, sekiranya DAP berkuasa dalam PR "
"
Perjuangan mereka DAP masa kini jelas ke arah kemarataan dan tidak ada
keistemewaan kepada kaum bumiputra, jika ini berlaku sudah tentu ramai
kalangan kepimpinan Melayu akan di gantikan " Sinar harian Jumaat 17 Ogos 2012.
Selepas
PRU12, 5 negeri ( kecuali Perak ) terus di pimpin oleh kepimpinan PR -
Pakatan Rakyat, dan Pulau Pinang di pimpinan oleh DAP. yang lain 2 oleh
PAS ( Kelantan dan Kedah ) dan Selangor oleh PKR. Pemerintahan PR sudah
hampir satu term parlimen dan masih belum kedengaran ada kalangan
pegawai di peringkat negeri yang diberhentikan, dan tidak ada pula
kalangan rakyat yang berbilang bangsa merasakan curiga terhadap
kepimpinan ini, khususnya di Pulau Pinang.
Apa
yang kedengaran ialah rasa iri hati atau " gila talak " kepimpinan UMNO
terhadap kerajaan yang baru ini. Kita lihat setiap negeri pimpinan PR
ini isu-isu yang direka cipta datangnya dari UMNO. Bagaimana di Selangor
UMNO di bawah Tim. Pengerusi Perhubungnnya YB Dato Noh Omar terus
mengkritik kaitan dengan air, di Pulau Pinang Pemuda UMNO dengan isu
peniaga Melayu di Komtar, isu balak di Kedah dan di Kelantan isu tidak
membangunnya negeri tersebut.
Bagaimana agaknya di Selangor hanya dalam tempoh kurang sepenggal pemerintahan dapat meyimpan tabungan hampir 2 billion ringgit dan ianya tidak berlaku semasa BN, bagitu juga dengan pendapatan isu pasir. Di Kedah, dengan peninggalan BN, kerajaan di bawah pimpinan Ust. Azizzan mampu berjimat untuk menabung wang balak. Di Pulau Pinang zaman pemerintah DAP kini, peruntukan untuk pembangunan Islam meningkat berganda sehingga pada 2011 berjumlah RM64juta, dan ianya tidak terjadi zaman BN, dan Pulau Pinang juga masih di minati oleh pelabur asing untuk berurus niaga, pada 2011 pelaboran sehingga RM2.3 billion.
Perkembangan tersebut amat meyakinkan rakyat untuk terus memilih kepimpinan dari PR untuk menerajui negera pada PRU13 nanti.
Kita lihat pula bagaimana pengerusi-pengerusi GLC ( Govement Link Company ) seperti RISDA, Felcra, Felda dan lain-lain lagi, mereka hidup bagitu mewah dan kadang kala cara hidup mereka ini yang tersiksa ialah rakyat. Lihat sahaja di Felda, pengerusinya mencari jalan bagaimana untuk terus menipu peneroka, Felda yang " dijual " ke bursa saham, dan kini ia sudah menampakkan kerugian di pihak peserta. Bagaimana pula RISDA, agensi negeri, daerah dan kawasan bergerak untuk memastikan UMNO / BN terus berkuasa, pegawai di perkuda siang malam.
Bagi Pengurusan Felcra pula, jelas gaya hidup " mewah " di pertontonkan kepada rakyat, dan sudah pasti peneroka yang menerima bebanan tersebut. Ini jelas dengan program " kepentingan politik " pengerusinya. Antara 2010 - 2012. PM, TMP dan Menteri di jemput ke Felcra Wilayah Perak - Seberang Perak, dengan berbelanja besar.
Program Majlis Perisytiharan varieti padi Baru oleh Menteri Pertanian,
Hari Terbuka Felcra & Pecah Tanap Perumahan Gen.2 Oleh TPM -
hingga kini Gen 2. tertunggu di mana rumah mereka.
Perhimpunan Rakyat - kehadiran PM
Carta ini memperlihatkan hampir 60 tahun UMNO / BN baru mampu untuk memberikan bantuan kepada rakyat, BRIM, KRIM, BBIM, bantuan persekolahan, bantuan buku di IPTA, sedangkan untuk pemimpin lihat sahaja bagaimana NFC di selewengkan. Seorang menteri diberikan sehingga RM250 juta.
Bagaimana dengan BAFIA - 1989
- AKTA BANK & INSTITUSI
KEWANGAN - jelas akta ini memberikan pelindudngan kepada mereka yang
melakukan kesalahan. Rakyat berterima kasih atas pendedahan salah laku
NFC tapi oleh kerana adanya AKTA " busuk " ini menyebabkan pelapor yang
bersalah dan pelaku di bebaskan.
Akhirnya
apa yang di sarankan oleh Dato Tajuddin itu ada kebenarannya, kerana
rakyat sudah mula bosan dengan sikap dan keangguhan yang di pamerkan
oleh kepimpinan dalam UMNO / BN, mereka menggunakan kuasa bukan untuk
rakyat tapi untuk kepentingan kroni dan sahabat handai sehaja. Insyaalah
salah laku ini akan di perbetulkan dengan PR menerajui Putra Jaya
kelak.
No comments:
Post a Comment