Apakah Ramadhan yang akandi tinggalkan beberapa hari lagi akan dapat mendisiplinkan diri Kita? Serta kita dapat melayari penghidupan harian yang penoh berkualti?
Ramadhan dipenuhi dengan tuntutan fadhu yang sunat mau pun wajib, ianya dapat mengawal pancaindera seperti telinga, mata, mulut, nafsu makan minum serta nafsu serakah agar amalan puasa tidak rosak. Untuk itu apakah kita mampu meneruskan apa yang di laksanakan pada Ramadhan untuk di teruskan selepas Ramadhan nanti? Idulfitri adalan sebesar anugerah kepada setiap umat yang berjaya melaksanakan tugasan sepanjang Ramadhan. Kegembiraan ini di zahirkan dengan melafazkan takbir, tahmid dan tasbih.
Idulfitri bermaksud - aid - kembali, perayaan atau ulang tahun dan - fitri - pula membawa maksud berbuka atau makan minum dan umat Islam di " haramkan " berpuasa. Ia juga membawa maksud fitrah atau tabiat asal kejadian manusia yang suci bersih di mana setelah sebulan berpuasa.
Amalan sepanjang perayaan Idulfitri:
1- memperbanyakkan bertakbir dan bertahmid
2- mengambil seditik makanan sebelum ke masjid
3-berpakaian cantik, kemas serta berwangi-wanigan
4-membawa isteri dan anak-anak ke masjid
5-bersolat idulfitri berjemaah
6- pergi dan balik mengikut jalan yang berlainan
( ianya untuk bertemu dengan lebih ramai kenalan & sahabat handai )
( ianya untuk bertemu dengan lebih ramai kenalan & sahabat handai )
7- berbalas salaman dan saling mengucapkan selamat Idulfitri
Untuk itu marilah kita sama-sama memberkati Idulfitri yang akan di rayakan ini dengan Cahaya Ramadhan. Bagi kita yang diberikan kesempatan untuk melalui Ramadhan al-mubarak dan Syawal yang penoh keberkatan ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan bekalan dengan menjadikan detik-detik kehidupan kita selanjutnya di warnai oleh amal-amal soleh sebagai amalan sepanjang Ramadhan yang akan berlalu ini, moga-mog ianya diterima olah Allat SWT sebagai amalan yang diredhainya.
No comments:
Post a Comment