Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, August 31, 2012

55 TAHUN MERDEKA

Tahniah dan mengambil kesempatan pada tarikh ini 31 Ogos 2012 Malaysia menyambut ulangan tahun kemerdekaan yang ke 55.

Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan masa itu, perayaan sambutan tidak di iringi dengan tema, malahan perasaan cintakan negara amat meluap sekali dan " jati " diri rakyat di tahap yang paling maksima.Tapi apa yang terjadi pada Mei 1969 telah memberikan rasa tanggongjawab kepada pemerintah agar perayaan ulangan tahun kemerdekaan ini perlu di iringi dengan " tema " yang khas. Dengan menggunakan tema, mungkin perayaan itu dapat di " serap " ke sanubari rakyat dengan lebih mendalam lagi.

1970 Muhibah dan Perpaduan - tema perayaan tahun itu berkaitan dengan perlunya rakyat di Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam aman saling faham memahami, tolerasi, rasa kekitaan, ada rasa tanggongjawab kalangan bangsa, sentiasa hidup dalam keamanan kerana mungkin kesan dari peristiwa 13 Mei 1969. Tema ini cukup relevan dengan keadaan semasa. Hampir semua tema yang dicipta kaitan dengan perlunya masyarakat majmuk hidup dalam keadaan bersatu padu. 1987 - Setia Bersatu Berusaha Maju, 1995 -  Jatidiri Pengerak Wawasan, 1998 - Negara Kita, Tanggungjawab Kita, 2011- 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera - hanya beberapa contoh.

Tapi suasana memastikan rakyat bekerjasama akhirnya luntur kerana keperluan dan mainan politik, kesan PRU12 amat terasa sekali oleh pihak tertentu hingga pemimpin mengguna rakyat untuk kesejahteraan kepimpinan mereka. Mereka mula lupa kedudukan mereka adalah di tentukan oleh rakyat ( pengundi ), pemimpin sudah hilang sabar, hilang arah pedoman, akhirnya tema perayaan juga perlu mengikut apa yang dipertanggongjawabkan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Kerajaan bukan berjanji tapi kerajaan sepatutnya berbakti kepada rakyat.

merdeka
Amat malang pada tahun ini kebetulan tahun akhir untuk PRU13, kedudukan parti pemerintah sudah goyang kerana dilanda tsunami PRU12. Pemerintah pula mengambil kesempatan dari semua sudut untuk menonjolkan diri, cuba memaklumkan kepada pengundi mereka telah banyak berbakti kepada rakyat, mereka sudah menunaikan janji-janji yang dijanjikan. Implikasi dari tindakan itu peristiwa yang sepatutnya menyatupadukan rakyat jelata menjadi punca perbalahan dan polemik politik murahan.

Akibatnya muncullah bermacam-macam slogan, simbol dan interpretasi ulang tahun kemerdekaan. Hina sungguh apabila hendak tunjuk kecintaan kepada negara dan patriotisme pun jadi isu dan masalah.



Slogan untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat.

 Tema-tema terdahulu

 1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisplin Berbakti
1981 Berdisplin Berharmoni
1982 Berdisplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
 1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 / 1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jati diri Penggerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapain
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
 1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000 - 2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 1 Malaysia: Menjana Transformasi
2011 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
2012 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati

 The 2012 theme has proven to be controversial, as it is seen by many Malaysians to be a political slogan rather than a patriotic one. The official "logo" was also ridiculed for its unconventional design. A video of the theme song uploaded on YouTube (with lyrics penned by Rais Yatim) has garnered an overwhelming number of "dislikes" because of its overtly political content, which had nothing to do with the spirit of independence.

Semenjak 1970 hingga ke 2011 semua tema menjurus kepada kepentingan rakyat, penyatupaduan kalangan rakyat, komitmen rakyat, pertanggongjawaban rakyat, kesetiaan rakyat, pembentukan jati diri rakyat untuk negara, tapi malang pada tahun ini 2012, kerajaan mengambil kesempatan untuk menuntuk menuntuk sesuatu dari rakyat, " semua kami dah buat, semua janji kami dah tunaikan, dan kini tanggongjawab rakyat pula memberikan pengiktirapan kepada yang telah di laksanakan.

Dengan itu tema dari Pakatan Rakyat, Sebangsa, Senegara dan Sejiwa lebih menepati hasrat dan arah tuju rakyat sesebuah negera untuk memastikan pembangunan dan kestablian negera, tambahan pula Malaysia terdiri dari masyarakat Majmuk.

Kenapa hari menyatakan patriotisme kita di campur 
adukan dengan kepentingan politik?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA