TAMRIN Tun Gha
far
 Baba, bekas Mempi BN dan bekas Exco Pemuda UMNO sebelum demonstrasi 
Bersih 3.0 hujung April lalu menulis surat panjang kepada Perdana 
Menteri Najib membantah apa yang dikiranya penyelewangan oleh Najib dan 
pemimpin UMNO dan kerajaan dalam banyak isu. Semua yang disebutnya 
adalah bertentngan dengan undang-undang dan politik demokrasi UMNO.
far
 Baba, bekas Mempi BN dan bekas Exco Pemuda UMNO sebelum demonstrasi 
Bersih 3.0 hujung April lalu menulis surat panjang kepada Perdana 
Menteri Najib membantah apa yang dikiranya penyelewangan oleh Najib dan 
pemimpin UMNO dan kerajaan dalam banyak isu. Semua yang disebutnya 
adalah bertentngan dengan undang-undang dan politik demokrasi UMNO.Dia memberi tempoh dua minggu kepada Najib, jika tiada respons dia akan mengedarkan surat itu kepada umum. Kerana tidak menerima maklum balas, dia naik pentas pembangkang dan kelihatan dalam tunjuk perasaan rakyat yang tujuannya untuk menyampaikan sikap dan salah laku pimpinan UMNO yang diketuai Najib kepada orang ramai.
Awal Julai ini dia menerima 
surat tunjuk sebab dari Setiausaha Agung UMNO, mengapa dia tidak boleh 
dikenakan tindakan disiplin parti. Seperti Najib tidak menjawab 
suratnya, Tamrin juga tidak menjawab surat tunjuk sebab itu. Tetapi saya
 dapati Tamrin muncul dalam TV secara on-line menyebut bukan dia mesti 
diberi surat tunjuk sebab, sebaliknya Najib dan sekalian ahli Majlis 
Tertinggi UMNO yang mesti menunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh 
dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar perlembagaan UMNO. 
Dia
 mnunjukkan antara petikan perlembagaan UMNO tentang tujuan dan 
tanggungjawab sekalian ahli UMNO dari setinggi hingga serendahnya di 
peringkat akar umbi mestilah peduli dan prihatin terhadap masalah 
rakyat. Tetapi UMNO sekarang sudah tidak peduli lagi dengan masalah 
rakyat. 
Dia juga menyebut tentang semangat perlembagaan UMNO yang
 mahu parti itu dan kerajaan yang dipimpinnya menjaga kedaulatan dan 
keselamatan negara. 
Dia membangkitkan tentang apa yang dikiranya 
keselamatan negara sudah digadaikan apabila berpuluh ribu orang asing 
telah diberi kerakyatan segara dan didaftarkan menjadi pengundi untuk 
PRU 13 ini. 
UMNO telah membenarkan pegawai dan jabatan kerajaan 
membawa orang luar bagi dijadikan pengundi. Tidakkah ia satu kerja 
pengkhianatan kepada keselamatan negara? 
Hingga katanya, dalam 
kawasan pilihan raya Parlimen Pekan yang diwakili Najib terdapat satu 
kawasan pengundi yang dinamakana Kampung Kampuchea. Pengundinya terdiri 
dari pelarian dari Kampuchea. 
Apa yang dilakukan oleh pemimpin 
dan orang-orang UMNO sekarang bukan lagi apa yang diperjuangkan oleh 
pemimpin-pemimpiin UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan dulu seperti 
bapanya Tun Ghafar Baba dan bapa Najib, Tun Razak. 
Tamrin ditanya
 mengapa semua salah laku UMNO dan pemimpinnya itu tidak disampaikan 
kepada parti melalui saluran yang sewajarnya tetapi sebaliknya dia 
membuat teguran terbuka dan menggunakan pentas pembangkang? 
Jawab
 Tamrin, UMNO tidak mahu dengar teguran kita dan tidak akan layan 
bantahan rakyat. Dia sudah menghantar surat kepada Najib sebagai 
Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Dia tidak jawab. Tiada jawapan sejak 
hujung April hingga Julai sekarang. 
Jika babanya Tun Ghafar Baba 
tidak dilayan oleh UMNO sedang dia adalah bekas Timbalan Presiden UMNO 
dan bekas Timbalan Perdana Menteri, maka siapa dalam UMNO hendak layan 
ahlinya yang tidak ada kedudukan dalam parti. 
Katanya, bapanya 
minta berjumpa dengan seorang Menteri Besar, Menteri itu kerana terlalu 
sibuk memberinya enam bulan untuk menemuinya. Sehari sebelum temu janji 
itu pegawai Menteri Besar itu memaklumkan pertemuan itu dibatalkan. Inilah
 layanan Menteri Besar terhadap orang disebutkan sebagai negarawan. 
Tetapi kata Tamrin bapanya minta bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, 
Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru itu juga seorang yang sibuk, banyak memberi 
kuliah agama, dia pun bukanlah sihat sangat, tetapi dalam masa tiga hari
 saja bapanya dapat bertemu dengan Menteri Besar Kelantan. 
Tok 
Guru terima bapanya sebagai tetamu negeri, sediakan motokar untuk ke 
mana saja. Apa yang mengharukannya Tok Guru katakan kepada Tun Ghafar 
bahawa Tun Ghafar boleh berapa hari dia suka, kalau mahu tinggal di 
Kelantan, kerajaan akan sediakan rumah untuknya. 
Mengapa Tamrin 
naik pentas pembangkang dan tidak mengadakan pentas partinya? Jawabnya, 
UMNO akan adakan ceramah untuknya dan kalau pun UMNO adalah majlis 
ceramah, tiada siapa dalam UMNO itu hendak mendengarnya. 
Maka 
pilihannya ialah menyertai ceramah pembangkang supaya pendedahannya 
tentang kepalsuan UMNO sekarang dapat disampaikan kepada orang ramai 
termasuk ahli-ahli UMNO. 
Katanya, dia sayangkan UMNO dan masih 
ahli UMNO. Teguran yang dibuatnya di merata-rata itu ialah kerana 
sayangkan UMNO dan mahu pemimpin-pemimpin UMNO membetulkan semula 
perjuangannya. 
ehsan detikdaliy
No comments:
Post a Comment