JIKA BN berjaya menawan semula Kedah dalam PRU 13 ini calon Menteri Be
sarnya ialah Dato Mukhriz Mahathir. 
sarnya ialah Dato Mukhriz Mahathir. 
Calon
 itu bukan sudah ditentukan Datuk Najib sebagai Pengerusi BN tetapi 
ditentukan oleh orang-orang dalam Majlis Profesor Negara. Tetapi mereka 
belum menentukan lagi siapa calon MB untuk Kelantan dan Selangor.
UMNO pernah mencalonkan Dato Mustapa Mohamed tetapi tidak menjadi. PRU 2008 dicalonkan pula Dr. Awang Adek Hussein. Tidak jadi juga.
Kali ini 
belum dicalonkan sesiapa kerana keadaan itu seperti harap ada, percaya 
tidak. Atau juga mungkan harap tidak, percaya pun tidak. Maka mungkin MB
 Kelantan itu ditentukan betul-betul PAS kalah. Selagi PAS belum kalah 
di Kelantan, eloklah tidak dinamakan sesiapa dulu. 
Yang BN yakin 
dapat rampas semula ialah Selangor. Maka di sini UMNO boleh menyediakan 
calon MBnya. Tetapi setakat ini UMNO belum lagi mencalonkan sesiapa, 
malah para professor pun belum berani menamakan sesiapa. 
Mereka 
berani mencalonkan Mukhriz di Kedah, walau pun professor lain yang 
mengatakan Dato Seri Azizan Razak akan kekal sebagai MB seperti yang 
dibayangkan oleh Prof. D. Mansor Mohamad Nor. Tetapi setakat ini 
semuanya tercari-cari siapa calon MBnya? 
Dr. Khir Toyo sudah dari awal tak termasuk dalam senarai. 
Nama
 yang ada dalam baris depan UMNO Selangor ialah Noh Omar, Menteri 
Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi UMNO 
Selangor. 
Sepatutnya dialah calon yang pertama. Merdeka Center 
patut mengambil langkah membantu BN siapakah yang dikehendaki oleh UMNO 
dan pengundi Selangor jadi orang yang terbaik untuk menjadi Menteri 
Besar kiranya ia berjaya menumbangkan Tan Sri Khalid Ibrahim. 
Saya
 tidak kata, Pakatan Rakyat dan Tan Sri Khalid akan digulingkan, tetapi 
semua profesor sudah bersorak sorai mengatakan UMNO akan memenangi 
Selangor semula. 
Jika Selangor sudah boleh diambil semula maka mereka mestilah menamakan siapa pula Menteri Besarnya. 
Bukanlah
 hak professor itu untuk menamakan calon MB itu. Ia hak mutlak PM Najib 
pada masa ini. Dia ketua UMNO dan dia ketua BN. Kuasanya saja yang 
berhak menamakannya. Bukan orang lain. Tetapi kerana sang professor 
sudah berani menamakan Mukhriz orang yang paling popular untuk menjadi 
calon pertama jawatan itu di Kedah, tentulah mereka juga boleh menamakan
 sesiapa di Selangor. 
Cuba agensi kaji selidik dapatkan pandangan
 responden di Selangor adakah Noh Omar menjadi pilihan yang terbaik bagi
 menjadi Menteri Besar Selangor atau ada orang lain yang mereka kira 
lebih baik? 
Mereka jangan fikirkan Noh itu adalah orang 
terpenting UMNO Selangor selepas Datuk Najib. Datuk Najib telah 
awal-awal lagi bahawa calon utama baginya untuk BN di mana-mana saja 
adalah calon yang boleh menang. Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin UMNO 
negeri belum tentu dijamin menjajdi calon boleh menang. Maka kita tidak 
dapat agak siapa yang Najib fikir boleh menang. 
Maka yang pertama
 professor dan agen kaji selidik patut bantu PM apakah Noh Omar boleh 
jadi calon boleh menang di mana DUN di Tanjung Karang. Mungkin dia boleh
 menang di mana DUN di Selangor, tetapi adakah dia calon yang membantu 
kemenangan untuk semua DUN bagi menjadikannya Menteri Besar? 
Mungkin
 calon yang lain ialah Dato Seri Mohd. Zain Mohamad, Setiausaha 
Perhubungan UMNO Selangor. Dua pernah menjadi menteri kerja raya dalam 
kabinet Tun Abdullah Badawi selepas PRU 2008 tetapi telah digugurkan 
oleh Najib. 
Mungkin Selangor yang terkaya itu memerlukan seorang 
korporat untuk menjadi MB bagi mengimbangi imej profesional Tan Sri 
Khalid bagi menjamin aliran pembangunan Selangor mendapat sambutan. 
Calon saudagar yang paling hebat di Selangor ialah Tan Sri Rozali 
Ismail, CEO Syabas. 
Peranannya lebih banyak dari Noh dalam usaha 
menjatuhkan kerajaan Pakatan. Mungkin Rozali lebih tepat jadi MB 
Selangor yang baru? 
No comments:
Post a Comment