Ketiga-tiga mereka mempertikaikan hukum Hudud, tapi yang sedihnya anak seorang ulama yang
 juga bekas PM ke 5, turut " tidak " mesra dengan Islam. dan pada 13 
Nov. 1999, sampai hati beliau meluahkan kata-kata " apa erti negara 
islam jika negara mundur " dengan kata-kata tersebut apakah tidak 
mungkin ianya meninggalkan satu kurang yakin Umat Islam terhadap Islam 
itu sendiri? Kalau anak orang alim boleh cakap macam itu, bagi Najib dan
 Mahathir sudah tentu lagi teruk andainya. 
 
Kesan
 dari ucapan mereka ini sudah pasti memberikan " laluan " kepada rakan 
bukan Islam untuk turut menidakkan Islam. Malahan mereka ( Cina ) pula 
sanggup memberikan kritikan dan memberi amaran kepada UMNO dengan gesaan
 akan meninggalkan BN, dan mengikut rendah Karpal Singh satu ketika 
dulu, dengan melangkah mayat beliau jika mau HUDUD di laksanakan di 
Malaysia.
    
Keberanian
 Presiden MCA ini seolah-olah dapat memberikan andaian yang UMNO kini 
amat mengharapkan undi simpati Cini untuk meneruskan kedudukan di Putra 
Jaya. UMNO " membatu " dengan keberanian Chua Soi Leik, malahan keberanian beliau juga turut di " takuti " oleh kepimpinan NGOs mesra UMNO seperti  JATI, PERKASA mau pun TIBAI, keberanian mereka hanya menyerlah jika berhadapan dengan kepimpinan PR.
Mahfuz Omar ( gambar ) menggesa Umno menyatakan pendirian mereka mengenai kenyataan Datuk Dr Chua Soi Lek yang menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat, 'hilang akal' kerana mencadangkan hudud dilaksanakan di Johor.
Mahfuz turut menggesa dua pertubuhan bukan
 kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan 
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) memberi 
respons segera berhubung tindakan Presiden MCA itu. 
Gesaan Mahfuz
 itu perlu juga dipanjangkan kepada Mufti Perak, Harusani dan Pengerusi 
Unit Selamatkan Aqidah (USA) Hasan Ali @ Towkey JATI.
Di
 mana Najib dalam hal ini, mengapa Najib mendiamkan diri, atau apakah 
Najib akan mengguna pepatah " tarik rambut dalam tepung, ramput tak 
putus tepung tak berselerak" Najib adalah Presiden UMNO untuk 
mempertahankan YB Ayub, dan Selaku Pengerusi BN Najib juga perlu 
menasihati Chua agar berhati-hati dalam tutur kata dan akhirnya sebagai 
PM Najib amat perlu ada ketegasan dalam kepimpinan.
Rakyat
 khususnya orang Melayu sedang menunggu apakah Najib akan mempertahankan
 YB Ayub atau Chua Soi Lek. Najib memang dalam keadaan serba salah. 
  


No comments:
Post a Comment