Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, July 17, 2012

GUILIIN


 Terlebih dahulu GM mohon maaf kepada semua pengunjung, kerana antara 13 - 16 Julai, GM berada di bumi Cina kawasan Guilin, kawasan yang penoh dengan gunung ganang, dan gunung ganang ini dijadikan sumber rezeki oleh mereka. Pemandangan di sini cukup cantik dan damai sekali.


 Rakan-rakan sedang berbincang sesama sendiri kaitan 
dengan persediaan untuk penerbangan.


 Masa amat terhad, dan dalan keadaan terdesak, LCCT di bilik berlepas tidak menyediakan bilik solat, sebaliknya atas rasa tanggongjawab masing-masing mencari sudut yang sesuai untuk solot subuh dengan jam 6pg perlu manaiki kapal terbang


 Syukur alhamdulillah Penerbangan Air Asia AK 1304, selamat mendarat di Guilin International Airport jam 10 pagi., selepas mengambil semua keperluan bas sudah sedia menunggu.

 Ini sebuah masjid di kawasan Cina Muslim, pada waktu zohor dapat berjemaan dengan imam Cina kalau di ikutkan Imam ini kena datang ke masjid lama mendalami pembelajaran cara mana untuk bersembahyang dengan lebih tertib dan teratur, tidak gopoh.


Salah sebuah restauran Cina Muslim yang di jadikan tempat makan 
kepada pengungjung muslim ke Cina. Hanya ada dua restauran yang di bolehkan kaum muslim menjamu selera


 Sebahagian dari pemandangan di Li River Cruise. ianya di keliling oleh bukit-bukit memang menghayalkan pemandangan yang di " pertontonkan " Bagitu hebat kekuasasaan Allah yang mencipta bumikan untuk makhloknya.


Ini lagi satu keindahan di sekeliling sungai tersebut.

Tunggu edisi ke 2.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA