Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, June 21, 2012

RAKYAT LEBIH SELASA BERSAMA PR

 

BERPADU * BERUBAH * BERKAT

Perjuangan gabuangan Gagasan Pakatan Rakyat yang di anggotai oleh tiga parti  pembangkang - PAS, PKR & DAP.

Apakah benar Pakatan Rakyat ini berjuang untuk rakyat. Sejauh mana mereka PR menyediakan menifesto di PRU13 nanti untuk memastikan kepentingan rakyat terjamin?


Rakyat akan berasa di hormati, berasa bangga, berasa seperti bertuan di tanahair sendiri, dapat menikmati kekayaan negara sama rata, penghidupan " Kekeluargaan " di nikmati. Dengan " Berpadu, Berubah & Berkat " sudah pasti hasil mahsul negara dapat di kongsikan bersama dan ianya tidak lagi berkiblatkan kepada mereka yang rapat dengan pemimpin. Pemimpin pula tidak lagi menggunakan kuasa untuk menaraih " keuntungan " dengan menggunakan wang rakyat.


Pakatan Rakyat meletakkan ciri-ciri berikut semasa di Putra Jaya nanti.


1- Rakyat adalah tuan kepada sesebuah negara, kerana semua kakitangan kerajaan dan gaji mereka adalah di " bayar " dengan wang rakyat, rakyat bayar cukai. jadi sudah semestikan pemimpin-pemimpin yang mentadbirkan negara tidak sepatutnya hidup mewah dan mereka pula " perlu " mengistiharkan harta mereka untuk pengetahuan rakyat sebagai majikan mereka.


Mereka juga tidak " menyimpan " maklumat dan setiap perkembangan semasa amat perlu di dedahkan kepada rakyat. Berilah peluang kepada rakyat untuk turut sama mengetahuinya.


Negera kita amat bertuah, sejumlah 90bilion RM menunggu setiap tahun wang dari Petronas. Tak payah susah, ekonomi sentiasa kukuh, tapi apakah kekukuhan dan wang Petronas itu dapat di nikmati oleh Rakyat ? Ini lah yang diperjuangkan oleh PR. 2- Rakyat dan ekonomi. Jika ekonomi di uruskan dengan " telus " sudah pasti agihannya dapat merapatkan jurang pendapatan rakyat, sudah pasti tidak ada orang miskin, kesamarataan agihan sudah pasti rakyat gembira.

 Agihan untuk Parlimen Pasir Salak

Ini satu contoh, apakah benar-benar rakyat menikmati " keluhuran " ekonomi di negara yang kaya raya ini? kekayaan negara seolah-olah menjadi hak milik pemimpin, lihat betapa pemimpin hidup dalam kemewahan. Sudah berapa banyak kes salah laku pemimpin di lapurkan tapi tidak ada tindakan yang diambil. Benar atau Fitnah bawa ke mahkamah dulu.


Apakah benar keratan Akhbar ini, kalau benar kerajaan tak ikhlas.

Malaysia dengan keluasan 127.350 batu persegi ( 329,847 km persegi ) cuma dengan penduduk sejumlah hampir 28 juta nyawa. Tapi malang masih ada kalangan penduduknya yang masih belum memilik sekeping tanah khusus untuk di dirikan rumah, tapi ada juga kalangan mereka yang memilikinya berganda. 3- Rakyat nan bertelapak ( hak milik tanah dan perumahan ). PR, akan memberi hak milik kepada pemegang tanah TOL yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas kecuali bagi tanah rizab jalan, sungai dan seumpamanya. Memperkasakan dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil oleh kerajaan malah turut melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

Untuk memastikan masa depan sesebuah negara kita amat perlu melihat sendiri bagaimana generasi muda itu di belai, apakah sistem pendidikan itu menepati kehendak proses pembesaran mereka? apakah mereka di berikan pendidikan yang sesempurna mungkin?. Bagi PR - 4 - Rakyat yang berilmu ( pendidikan ), semua generasi muda perlu diberikan pendidikan secara percuma sama ada di peringkat pra sekolah mau pun di peringkat paling tinggi di IPTA/IPTS. Bagi PR, semua institusi pendidikan sama ada di Sekolah Agama Rakyat ( SAR ),  SJKT/SJKC perlu di berikan bantuan. Masa kini sejumlah murid di sekolah lebih 5 juta orang. dan hampir 1/2 juta pula di IPTA/IPTS.


 

 


Sebagai sebuah negara yang meletakan Islam sebagai agama rasmi, sudah tentu PR akan memberikan kelebihan dalam hal ini. Lihat carta di atas - bagaimana sebuah kerajaan pimpinan DAP, berterusan memberi dan menambah peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Islam, tapi malang hal ini tidak berlaku di zaman pemerintahan BN.  5. Rakyat nan berakhlak (Islam dan pendidikan Islam). Kerajaan PR sudah pasti meneruskan usaha agar KAFA, sekolah Bantuan Kerajaan serta pembangunan syiar Islam di pertingkatkan dari masa ke semasa dan agama-agama lain portfolio hal ehwal bukan Islam diwujudkan dan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam turut diberikan.

6. Rakyat nan aman dan mencintai alam (keselamatan, jenayah, gejala sosial dan alam sekitar) Masa kini keadaan gejala  sosial memang di tahap yang amaty membimbangkan, boleh di katakan hari-hari ada sahaja masalah yang di paparkan di dada-dada akhbar. Kes seperti buang bayi, penyalahgunaan dadah, rompakan, pembunuhan dan sebagainya. Bagi PR memperkasakan mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial amat perlu dilaksanakan di tahap yang paling maksima. PR juga akan memberi insentif kepada majikan yang dapat menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang bekerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.

Bagi menjamin seterusnya rakyat dapat melayari penghidupan yang lebih selesa, kemudahan asas seperti infrasruktur dan kemudahan awam perlu dipertingkatkan, sistem pengangkutan awam, penambahbaikan sistem lalu lintas, 7 - Rakyat nan selesa, PR juga harus melihat bagaimana di kelompok wanita tunggal, kalangan mereka yang masih menetap di kawasan rancangan, terutama bagi orang asal, kemudahan dan keselesaan mereka akan dijadikan agenda utama dalam pembangunan kemanusiaan.


Peruntukan seperti bantuan kepada Ibu Tungggal serta di tubuhkan dana untuk mereka meneruskan perjuangan dalam kehidupan harian. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan apabila sistem bantuan kebajikan diperkasakan selain mengalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.

Bagi generasi muda ( generasi kedua ) di tanah rancangan seperti Felda, Felcra amat perlu di latih dan disediakan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda diwujudkan. Bagi peneroka Felda, pengeluaran geran tanah dipercepatkan bagi peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda. 

Diatas adalah kerangka dan sebahagian dari ketetapan yang akan dilaksanakan apabila Putra Jaya di bawah jagaan PR nanti. Insyaallahl

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA