Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 23, 2012

RAKYAT INGINKAN PERUBAHAN

Ipoh 23 Jun 2012 Lokasi : Dewan Chin Woo, Jalan Hussein, Ipoh, ada lokasi di mana PKR Perak mengadakan konvensyen untuk 2012. Dengan bertemakan MEMACU KEADILAN DAN KEDAULATAN RAKYAT - MEKAR. Konvensyen kali ini adalah sebagai persiapan terakhir untuk PKR Perak dalam Gagasan Pakatan Rakyat bersedia untuk " merampas " kembali Perak.

Konvensyen yang berobjektifkan 
1- Menanamkan keyakinan yang tinggi seluruh pendokong parti 
dan rakyat terhadap wadah KEADILAN, 
2- Meletakkan focus untuk menjadikan Perak 4KEADILAN. 
3- Mengolah isu-isu semasa sebagai bahan kempen yang berkesan.


Kain pemidang di pentas utama,

Dalam ucapan alu-aluan Sdr. Mohd. Nor Manuti Pengerusi MPN ( Majlis Pimpinan Negeri ) memaklumkan PKR Perak khususnya sudah bersedia untuk berganding bahu dengan rakan-rakan PR untuk menghadapi PRU13. Kini UMNO/BN sudah kecewa dan hampa kerana pada awalnya mereka menganggap PKR adalah sebuah parti nyamuk serperti BERJASA dan Semangat 46. Hidup hanya beberapa bulan akhirnya bertaut semula dengan UMNO. Tapi ianya berbeza dengan PKR ( Parti Keadilan Rakyat ) yang kini sudah pun di wakili oleh lebih 500k orang ahli dengan 200 cabang ( bahagian ). Kini bersedia untuk " bertempor " dan mengambil balik Perak.


Sebahagian dari peserta menunggu giliran untuk mendaftar


Sebagaimana biasa, bermula setiap program di dahului dengan 
Nyanyia Lagu Negara Ku dan lagu parti


Sebahagian dari Perwakilan.

Lee Boon Chye 

Timbalan Pengerusi PKR Perak.

Pembentang Kertas; Perak 4 KEADILAN Cabaran & Harapan.
Bagi YB Dr. Lee Boon Chey pula PRU13 ini adalah masa terbaik untuk " pembangkang " mengambil alih teraju di Putra Jaya dan khususnya di Perak. Isu ekonomi cukup menghantui Najib, UMNO / BN gagal mengatasi Program Buku Jingga, kegagalan demi kegagalan di alami oleh Najib, memberian BRIM juga tidak menyebelehi UMNO / BN.

Untuk PKR - pada PRU12, PKR berjaya menawan 3 kerusi parlimen Gopeng, Sg. Siput dan Bagan Serai dan gagal lagi 7, bagitu juga dengan kerusi DUN PKR menang 7 dan gagal 13. Untuki itu di Perak amat cerah untuk menang kerana population di Perak 2.258 juta kaum dengan agihan undi Melayu 49.9%,.Cina 39.5% dan India 11.1%, berdasarkan komposisi kaum ini PKR menjadikan matlamat muktamad untuk menguasai Perak semula dengan " back up " dari rakan-rakan Pakatan Rakyat.


YB Niza diberikan penghormatan oleh Mr. Khon U Yin untuk menterjemahkan ucapan beliau, 
beliau memohon keizinan untuk berbicara dalam Bahasa Inggeris.

Kehadiran Mr. Khon U Yin di majlis tersebut amat mengejutkan dan beliau adalah antara kalangan rakyat yang tidak " berpolitik " tapi sentiasa mengambil tahu kaitan dengan perkembangan politik dan peka dengan apa yang berlaku masa kini.


Beliau dengan spontan menjemput YB dato Niza untuk bersama-sama di pentas untuk menterjemahkan ucapannya, beliau mengakui amat tidak fasih berbahasa Malaysia. Beberapa isu yang di ketengahkan amat memeranjatkan seperti cita-cita kerajaan negeri di bawah pimpinan Tojol Rosli untuk membina empangan di sungai Kinta.  Juga sebagai seorang jurutera adalah satu perkara yang mustahil, kerana sesebuah empangan sepatutnya di bina di " main river " ( sungai utama ) dan bukannya di " ranting sungai " Seterusnya beliau mencabar kerajaan akan datang khususnya jika PR mengambil alih, sila siasat projek ini, pada masa itu YAB Tajol amat degil dengan pandangan kita.

Isu kaitan dengan pemerintahan Malaysia juga, bagi beliau bukannya diperintah oleh Gagasan BN tapi ianya diperintah oleh UMNO. Dalam keadaan terdesak inik, UMNO difahamkan sedang merundingkan bagaimana untuk menidakkan PR memerintah. Kita boleh lihat apakah muslihat mereka tidak meluluskan pendaftaran parti PR? 


Ketua Umum PKR

" Kini kita sedang menempuh satu zaman perjuangan, perjuangan kita bukan milik parti politik, agenda perubahan, agenda reformasi dan ianya juga menjadi hak milik lembaga swadaya masyarakat ( NGO ), blogger, pemikir, penyair dan seniman, kepercayaan rakyat masa kini menjadikan Kita ( PR ) dipersimpangan jalan dan kita bukan sekadar mengganti satu kekuasaan kepada satu kekuasaan yang baru, kita juga tidak membuat perubahan secara runcit-runcitan tapi perubahan yang akan kita laksanakan ialah satu perubahan yang besar, " big change ", Semangat dan hati nurani rakyat menuntut ini dan mendorong kita membuat lompatan yang jauh. maka kita perlu ada keberanian, kebenaran ( the caurage of truth ), keyakinan terhadap semangat rakyat ( faith in the power of the spirit of the people ), Apa yang hendak kita lakukanm adalah tidak lain dari MEMBINA SEMULA SEBUAH BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA yang berteraskan kekuatan moral rakyat " ANWAR IBRAHIM berucap di majlis perasmian penutupan konvensyen tersebut.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA