Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 30, 2012

PRU13, NAJIB HILANG PEDOMAN

30 Jun 2012, dalam sembang-sembang di warong mak janda, kata bual masih, berkisar kepada beberapa isu yang di lembarkan oleh Najib, apakah isu itu benar atau pun ianya seperti kata-kata " cakap tak serupa bikin ". Nampak sangat idea Najib ingin mempengaruhi rakyat untok memastikan rakyat terus memberikan undian untuk UMNO / BN. Apakah rakyat dapat mempercayaai kerajaan baru dengan mengidahkan UMNO / BN untuk terus memerintah? Lihat saja mereka ( PR ) pandai berjanji tapi malangnya mereka tidak menunaikan janji-janji atau janji-janji yang ditabur di tepati.

Mengambil contoh kerajaan PR yang ada kini seperti di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan. Hampir semua janji-janji yang ditaburkan kini di tetapi, janji air percuma Selangor telah kotakan, janji nak bagi bantuan anak yang baru lahir di Pulau Pinang  di tunaikan. Tapi najib perlu ingat ada keperluannya ianya adalah tindakan kerajaan pusat dan mengapa perlu di layan oleh kerajaan negeri. Seperti memberi pendidikan percuma. Hak kerajaan pusat, kerajaan pusat perlu mengambil tindakan.

Buat kata pepatah juga, kita perlu berbaik-baik kepada mereka yang tahu mengenang budi tapi apakah perlu kita berbaik-baik dengan " team " yang pembohong dan perompak rakyat, seperti apa yang dilakukan oleh kepimpinan bawah kelolaan Najib? Team Najib pandai berjanjai, tapi janji mereka seperti kata pepatah " telunjuk lurus kelinking berkait ".



Paparan ini menunjukkan bagaimana PR di Selangor pandai berjanji 
dan menepati setiap janji-janjinya.

Bagi Kerajaan PR, di sahkan oleh Jabatan Odit Negara. Kalangan negeri yang sentiasa " beres " untuk melangsaikan hutang, dan atas dasar kepercayaan dengan budaya jimat cermat itulah pelabor berminat yang luar biasa untuk melabur di negeri-negeri ini. Jadi tohmahan Najib yang Negeri PR mengamalkan budaya tak mahu bayar hutang adalah fitnah. Kalau idea PR untuk memberikan pendidikan percuma dengan menghapuskan PTPTN, ianya tidak ada kaitan lansung dengan isu " berhutang " tapi sebaliknya jika diperhatikan gulongan mana pula yang " berminat & mengamalkan budaya " berhutang dan tidak berminat pula untuk membayarnya ialah kalangan mereka seperti Tajuddin ( MAS ) Sharizat Jalil ( NFC ), lihat pula bagaimana kepimpinan UMNO menyelesaikan hutang adik beradik mereka, anak-anak mereka.

Cerita kaitan dengan kapal selam, pemberian permit teksi, menyalah gunakan kuasa, " membuli " pegawai kerajaan dan banyak lagi, ianya seolah-olah menjadi " minat " kepada peimimpin UMNO. Budaya UMNO bukan sekadar tahu berhutang tapi berhutang dengan berbilion kemudian suruh rakyat yang bayar.
Nampak sungguh Najib sedang berusaha keras untuk memutarbelitkan kenyataan dan kebenaran. Najib tanpa rasa malu terus nak menipu rakyat,  padahal Pakatan Rakyat sudah membuktikan kesungguhan.  Pakatan Rakyat telah pun  menunaikan sebahagian besar janji kepada rakyat,  sebagaimana yang berlaku di empat buah negeri,  Kelantan, Kedah,  Pulau Pinang dan Selangor. 

Untuk renungan dan di paparkan sedikit input kaitan, dengan amalan buruk oleh UMNO fikir-fikirkan. Sahlah " dulu, kini & selama-lamanya " dijadikan landasan dan amalan hidup seharian mereka.

1.Menanam dan menyuburkan semangat perkauman 
2.Mengambil kesempatan mengikis tanah rezab dan hak istimewa orang Melayu    
3. Memperalatkan Islam untuk kepentingan UmnoBn      
4. Mengamalkan budaya rasuah dan penyelewengan kuasa      
5. Mengamalkan budaya fitnah dan menipu    
6. Matlamat berpolitik semata-mata untuk wang    
7. Mengutamakan perut sendiri, keluarga dan kroni.




Paparan di atas adalah melambangkan bagimana kerajaan 
BN menghabiskan wang rakyat, serta menggunakan wang rakyat untuk kepentingan 
akan-rakan kroni dan membelakangkan kepentingan rakyat.

Untuk itu sebagai rakyat dan pengundi yang " berkuasa " apakah kita perlu di perbodohkan sepanjang usia, kita perlu menidakan kata " dulu, kini & selama-lamanya " dengan menghapus penciptanya UMNO. Jauhkan diri dengan penggunaan penimbang / dacing Baghdad yang sudah menampakkan karatnya dan sudah " out of date "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA