Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, June 29, 2012

PRU 13 ; APAKAH IANYA MENGANAS

Kg. Gajah 28 Jun 2012, dalam sembang-sembang di warung masih ada lagi kalangan peminat politik berbincang kaitan dengan kata-kata Mahathir. Apakah benar " Arab Spring " akan berlaku pada penghujung PRU13 itu nanti? Kawan-kawan juga bertanya apakah yang di maksudkan dengan Arab Spring? Apakah ianya satu pemberontakan? apakah ianya satu tsunami dalam perjuangan parti politik? atau apakah ianya satu jalan keluar kepada sebuah kerajaan yang " diktator " kepada sebuah kerajaan yang telus dan tulus?

Atau apakah masa kini parti gabungan Pakatan Rakyat sudah mula menampakkan sesuatu yang harus diperbetulkan dan gabungan Barisan Nasional pula sudah terasa yang selama pemerintahan mereka hampir 60 tahun ini sudah mula di hidu oleh rakyat, dan mereka pula terasa yang rakyat akan mengambil tindakan untuk menukar corak kempimpinan mereka dengan parti yang lebih bertanggongjawab? persoalan ini memungkinkan isu Arab Spring ini sentiasa di perbualkan.

Bagi Mahathir penglibatan ramai dalam " program " BERSIH  sama ada 1.0, 2.0 atau 3.0 telah memberikan tambaran hebat kepada UMNO / BN. Najib menjadi resah dah gelisah dengan sambutan rakyat atas perubahan yang di inginkan oleh pihak Pembangkang. Anwar Ibrahim sudah pasti dijadikan " Kambing Hitam " dalam isu ini. Tuntutan dalam BERSIH seperti membersihkan senarai pengundi, memberi kesamarataan di media elektronik, pembesan media cetak. Seolah-olah membenarkan yang kemenangan UMNO / BN selama ini atas dasar " menipu "


Kenyataan kedua-dua pemimpin dan bekas pemimpin ini seolah-olah memang akan berlaku huru hara selepas PRU13 itu nanti, lihat sahaja kenyataan di bawah:


Najib: di Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari. " kita akan pertahankan Putra Jaya sehingga ke titisan darah yang terakhir " persoalan ini seolah-olah UMNO dan Bukan BN sedang menghadapi satu pertemporan dengan musuhnya.UMNO nak berperang dengan siapa ha ha?

Dr Mahathir Mohamad: ( pula ) PR kini sedang cuba melakukan satu lagi provokasi jahat, bagi saya ia satu tindakan tidak bertanggungjawab dan patut dikecam. Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13, mereka akan menganjurkan "demonstrasi ganas" tanpa henti untuk menolak keputusan itu. Selepas itu, pembangkang akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.


Anwar terus mendesak Najib untuk turut berdebat.

Tapi sebaliknya bagi Anwar, ianya langsung tidak mengindahkan amaran Najib dan Mahathir malahan beliau meneruskan usaha untuk meyakinkan rakyat kaitan dengan perubahan yang dikperlukan untuk masa depan rakyat Malaysia. Walau pun setiap program dan aktiviti PR ( Pakatan Rakyat ) di sabotaj oleh UMNO. Perjuangan mesti diteruskan. Masyarakat juga dapat melihat sendiri bagaimana UMNO cuba memporakperandakan siri ceramah anjuran PR - lihat sahaja bagaimana kejadian di Gopeng - YB Hamidah and her gang, bagaimana di Lembah Pantai, bagaimana di Bandar Hilir Melaka. Bagaimana pula Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghadapi asakan di luar adab kemanusiaan, termasuk dihadiahkan "kek tahi" yang menjijikkan sempena hari jadinya tidak lama dahulu. Tindakan mereka cukup memalukan.

Apakah dengan gambar ini juga menjadikan Mahathir dengan Najib 
pening kepala? dulu mana ada singh baca harakah.
 
Dipenghujung PRU12 ini kenapa agaknya Umno-BN menantinya  dengan memilih pendekatan konfrontasi, tidakkan dengan cara itu apa yang sebenarnya ia semakin menjauhkan lagi parti itu daripada sokongan pengundi.  Sepatutnya, menjelang PRU13 yang cukup kritikal itu, sepatutnyua UMNO / BN yang sudah kehilangan 4 negeri dan merodum dari segi kepercayaan rakyat  mempersembahkan pendekatan terbaik bagi memikat hati dan pemikiran pengundi, bukannya melakukan tindakan agresif -- apatah lagi berunsur samseng dan ganas -- yang hanya menyebabkan masyarakat menjadi lebih marah dan jelik.
Sikap mereka ibarat "baling batu sembunyi tangan, namun banyak bukti boleh ditunjukkan bahawa segala serangan dan provokasi jahat selama ini ( ingat siri gangguan sejak keputusan PRU12, Mac 2008, khususnya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, dengan kemuncaknya rampasan kuasa kerajaan Perak ), ditaja oleh Umno.


Peranan akhbar-akhbar milik UMNO, seolah-olah sudah hilang taring dalam menangani isu dan berita yang sepatutnya di ketahui oleh rakyat sebaliknya  akhbar-akhbar ini  malu-malu menyiarkan gambar lucah dan porno, hanya untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat. Blogger yang ditaja dan diupah Umno, serta mendapat layanan istimewa pemerintah, bersikap biadab dan kurang ajar ketika memaparkan posting mereka. Akhbar bukan lagi penyampai maklumat tapi pembekal cerita lucah sahaja.

Apakah pemimpin UMNO kini yang pernah menjadi pemimpin Pemuda suatu ketika dahulu, turut tidak memahami bagaimana UMNO sekarang begitu terdesak menyerap ciri-ciri samseng ke dalam perjuangannya sedangkan langkah itu belum tentu mendatangkan hasil yang diharapkan.

Dengan dua budaya baru iaitu seks dan samseng yang giat diserap ke dalam UMNO menjalang PRU 13 sekarang ini dan peranan sebagai parti nasionalisme Melayu semakin dipinggirkan walaupun kedudukan orang-orang Melayu secara umumnya masih terhimpit serta ketinggalan, hala tuju UMNO jelas semakin kabur untuk tahun-tahun mendatang. UMNO hanya memikirkan untuk mempertahankan kuasa, bukan sangat untuk membela Melayu.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA