Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 2, 2012

HIMPUNAN HIJAU KE PUTRA JAYA 1


MAJLIS 2 – XPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA
Tempat           :           Stadium Darul Aman, Alor Setar.
04.30 Ptg         :           Kuliah Asar oleh: USTAZ AZHAR IDRUS
                                    Sketsa  : Belantan Pusaka Durjana

Kg. Gajah 1 Jun 2012, sekumpulan Sahabat Masjid Lama Kg. Gajah telah berpadu tenaga mengumbul dan mencari rakan-rakan yang berminat untuk bersama-sama di program Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putra Jaya. Seramai 40 muslimin dan muslimat turut sama di rombongan tersebut.  Kesudian untuk turut sama menyahut seruan Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan untuk ke Kedah Darul Aman adalah atas rasa kesedaran dan tanggongjawab untuk memperlihatkan perjuangan ke Putrajaya bukanlah perjuangan dan angan-angan semata-mata tapi ianya perlu di realisasikan dengan sumbangan tenaga dan material.


Ini adalah sebahagian dari ahli rombongan yang sanggup " berabis " wang ringgit untuk menunaikan jemputan tersebut. Mereka berpakaian Hijau - Himpunan Hijau ke Putra Jaya, mereka menyewa bas dan ada antara sahabat yang tidak ikut, sanggup pula menyediakan " jamuan ringan " dalam perjalanan. Mereka pula malahan langsung tidak mengharapkan apa-apa sumbangan dari pihak " penjemput " atau dari pihak parti. Mereka sanggup " berghipai " ( loghat perak ) untuk tujuan ke Stadium Darul Aman.



Pemuda " berkeliaran " di sekitar stadium untuk menuggu kehadiran 
Ketua Pemuda dan Penceramah undangan Ustaz Azhar Idrus.


Sdr. Ketua Pemuda Pusat Nasaruddin Tantawi, di bawa 
dengan motor berkuasa besar ke perhimpunan tersebut.


Uztas Nasaruddin bersama Naib presiden YB Mahfoz Omar bersama-sama 
dengan " anak muda " di perkarangan Stadium untuk menunggu ketibaan Ust. Azhar.



Sembahyang asar, sekumplan anak-anak muda mengambil kesempatan untuk menunaikan tanggongjawab tersebut sebaikan azan di kemundangkan. Walaupun masa itu hujan tapi perancangan yang di buat untuk solat berjemaah itu diteruskan.


Ustaz Azhar Idrus, seperti biasa berceremah melalui soalan-soalan yang di kemudakan oleh peserta, pada hari ini banyak soalan tertunpu kepada peranana dan tanggong jawab " orang muda " dalam memastikan hala tuju pembangunan negara masa depan. Dari kepentingannya berpolitik hinggakan soalan kaitan dengan akidah. Seperti apa yang berlaku semasa perhimpunan sejuta belia tempoh hari. Soalan kaitan dengan K-pop. Jawapan mudah dari Ustaz Azhari ini adalah salah satu cara bagaimana pihak pemerintah cuba melalaikan generasi muda masa kini, dan seolah-olah, pihak pemerintah juga seolah-olah sudah hilang pertimbangan untuk " pembentukan " generasi muda mada depan.



  
 Sebahagian yang bersama-sama Ust. Azhar.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA