Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, May 25, 2012

TOK PA - TEPERANGKAP DALAM EGOANNYA



UMNO dewasa ini menerima tamparan yang cukup mendukacitakan, seorang demi seorang pegawai tinggi meninggalkan UMNO, apakah mereka sudah hilang kayakinan kepada " taukeh " mereka sendiri. Atau apakah mereka sudah lupa tempat di mana mereka mendapatkan sesuap nasi, sama ada untuk diri sendiri mau pun untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak. 

Kenapa agaknya makin ramai, sama ada dari kalangan kepimpinan parti, bekas pegawai kerajaan dan terkini kalangan artis juga sudah bersedia untuk bersama-sama dengan gagasan Pakatan Rakyat.

 Duri yang mencocok punggung Umno sejak kebelakangan ini telah tercabut dengan sendirinya apabila Kadir Sheikh Fadzil telah mengumumkan keluar dari parti berkenaan hari ini. Surat keluar dari Umno dihantar kepada Setiausaha Agung Umno hari ini.

Tindakan bekas menteri penerangan itu dikatakan menjadi duri dalam daging kepada Umno dengan sikapnya mengkritik parti berkenaan. Kritikan yang tidak dapat diterima Umno ialah berhubung dakwaan Kadir yang Umno membeli undi dalam pilihan raya lalu.


Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS di satu ceramah yang diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut malam tadi. Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.


 Insp. Aliza - beliau menukar corak penghidupan denagnn menyertai PAS setalah ramai rakan-rakan beliau seperti Aishah, Dayang Ku Intan memiliha cara hidup yang lebih harmoni.

PAdang Lembek.jpg
 Gambar hiasan - To Pa

Kata-kata Tok Pa - seperti amat kecewa atas penghijrahan mereka, hingga terkeluar ayat-ayat seperti " penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan. Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.

 "Apakah hanya dengan menyertai PAS kita boleh berdakwah ? Bukan kah kita boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," Tambah beliau. 



"
saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman 




Kaitan dengan Pegawai kerajaan, mungkin juga agaknya Toh Pa lupa dengan Perintah Am yang di guna pakai masa kini.
Seseorang penjawat awam dilantik ke dalam perkhidmatan kerajaan berdasarkan kelayakan yang ada padanya mengikut Perintah Am Bab A.

Di bawah Perintah Am 14, Bab C, seseorang penjawat awam tidak layak dibayar gaji jika tidak hadir bertugas tanpa cuti.

Manakala di bawah Peraturan 24, Peraturan Pegawai-Pegawai Awam, penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak hadir bertugas tanpa cuti.

Maknanya, seseorang penjawat awam itu menerima gaji kerana dia telah memberi khidmat tenaga, masa dan kepakarannya kepada kerajaan - bukan menerima gaji secara percuma.

Justeru, penjawat awam tidak perlu merasa terhutang budi kepada kerajaan, lebih-lebih lagi kepada UMNO yang tidak mempunyai hubungan langsung dengan seseorang penjawat awam kecuali orang itu menjadi ahlinya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA