saya cuba-cuba tanya mengenai kekalutan di Felda sekarang ini tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holidings (FGVH).
Saya
kira mereka tahu apa yang berlaku di ibu pejabat Felda. Benar. Cerita
mereka sama dengan cerita di luar di kalangan peneroka. Penyenaraian
FGVH itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa menurut mereka. Si isteri
suami itu berkebetulan menyediakan satu sistem berhubung penyenaraian
itu menjelaskan banyak duit dibelanjakan untuk penyenaraian itu.
Membazir wang peneroka.
"Lepas satu sistem satu sistem dibuat,
sekejap begitu sekejap begini menyebabkan banyak wang habis, MSO"
katanya yang mesra memanggil saya MSO.
Mereka
juga bercerita fasal pergolakan dalaman, mengenai pertukaran pegawai
dilakukan hampir setiap bulan. Menurut mereka pertukaran itu semata-mata
dibuat untuk melindungi sesuatu yang berlaku di dalam Felda. Kemasukan
Mohd Isa Samad di Felda menimbulkan banyak masalah dan merosakkan
ketenangan dalam Felda.
Sejenak diam cerita perihal pengawai dan
penindasan dalam Felda tiba-tiba meletup dari mulut si suami kepada si
isteri itu cerita mengenai isteri Pengerusi Felda Mohd Isa Samad bernama
Bibi Sharliza Mohd Khalid.
"MSO tahu cerita mengenai isteri Mat
Isa?" tanya si suami. "Cerita apa..?" tanya saya sambil meneka mungkin
dia hendak beri tahu yang isteri Isa itu adalah seorang puteri Umno yang
pernah menjadi wakil rakyat di Negeri Sembilan.
"Dia ada opis di
Felda?" katanya menyebabkan saya terbelalak. Fikiran melarang menjabat
wajah montok gemuki pendek Rosmah Mansor. Setongkok tubuh Rosmah masuk
ke dalam kedua belah biji mata saya. "Kenapa..?" soal saya kehairanan.
"Dia
ada pejabat di Felda di tingkat 10?" katanya lagi. "Untuk apa, apa
faedahnya...takkan nak temankan Isa sampai ada pejabat?" rungut saya
nada bergurau kemudian mahukan kepastian; "Mungkin dia pergi jumpa suami
dia, je.."
Oh kalau begitu si Bibi ini sudah jadi macam Rosmah.
Apakah dia meniru Rosmah? Rosmah waktu awal-awal dulu ada pejabat di
lantai (tingkat) pejabat suaminya. Sebaik sahaja Najib Razak dilantik
menjadi perdana menteri, diperluaskan lagi pejabat itu. Tidak pasti
apakah pejabat Rosmah di JPM itu masih ada atau pun sudah di pindah ke
Kuala Pilah apabila ramai orang mempertuturkannya.
Saya tidak
fikir Bibi seperti Rosmah, gara-gara nak jaga suami sampai buat pejabat
dekat pejabat suami? Tetapi perkara-perkara jaga suami begini tidak
mustahil. Biasanya suami ada skandal atau afair dengan staf menyebabkan
isteri jadi pening kalau duduk di rumah?
Cerita dari MSO
No comments:
Post a Comment