Isu kaitan dengan BERSIH 3.0 masih boleh di bincangkan kerana hari-hari dalam blog, twitter, FB kisahnya masih di jadikan isu utama. Malahan perlantinkan Tan Sri Hanif Omar selaku pengerusi Penal penyiasat BERSIH 3.0 juga seolah-olah ingin menjemput pihak rakyat terus memberikan " memori " kepada tragedinya.
Kehadiran Ketua Wanita MCA Melaka Pn. Kian Sit Har ke perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka juga turut mengundang kritikan dari presiden parti sendiri selain dari Perngerusi Perhubungan BN Melaka YAB Ali Rustam. Malahan laungan Ketua Wanita MCA itu agar " MCA perlu bangun sebagai sebuah parti mesti bangun menentang sebarang salah laku BN, pada masa ini kita tidak boleh bersikap neutral. kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah " Parti kita ( MCA ) perlu ada pendirian sendiri juga perlu memihak kepada kebenaran dan keadilan dan jangan mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah.
Isu perlantikan Tun Hanif Omar mengetuai penal bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur. Semua pihak termasuk dari UMNO sendiri tidak bersetuju dengan perlantikan ini, dan apakah kerajaan memang sudah melihat bahawa rakyat masa kini " cukup bodoh " dan tidak dapat menilian mana satu kaca dan intan.
Beliau ( Hanif ) sendiri pernah mengeluarkan kenyataan yang BERSIH 3.0 adalah satu usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Malahan kenyataannya ini melambangkan betapa tidak jujurnya jika beliua meneraju penal ini. Membuka pekong kelemahan Kerajaan - Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein. Rakyat bertanya apakah si pencuri mampu menidakkan rakan pencurinya? atau pun kerajaan ingin meletakkan diri mereka seperti pepatah " seperti katak mengajar anaknya berjalan betul ? Bagi Senator berusia 73 tahun dari MCA itu ( gambar ) perlantikan Hanif MEMANG tidak sesuai dan lari jauh dari menjaga kepentingan rakyat.
Bekas Pendakwaraya Kanan II Persekutuan, Yusof Zainal Abiden
Perhimpunan BERSIH 3.0 adalah perhimpunan pertama yang bakal menggunakan Akta baru kaitan dengan perhimpunan dan sudah pasti DSAI, Azmin dan Cek Bad di tuduh melakukan kesalahan Anwar dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta
Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3)
Akta yang sama.
Tapi apa yang " mengharukan " ialah bagaimana Bekas Pendakwaraya Kanan 11 ( gambar ) turut dan sedia memberikan kerjasama dalam perbicaraan itu nanti. Disini terbit andaian, apakah selama ini perundangan negara perlu mengikut kehendak ahli politik dan semua penghakiman juga di atur oleh mereka yang berkenaan. Kita pasti dapat melihat apa yang akan berlaku semasa perbicaraan itu nanti. Tunggu dan lihat. Kontradiksi akan berlaku apabila beliau kali ini menyertai pasukan
Pembangkang dan ia bakal membuka mata semua rakyat Malaysia. Keadilan
pasti akan terjamin.
No comments:
Post a Comment