Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, April 7, 2012

RAKYAT BERJIMAT SETELAH HARGA MINYAK NAIK


Salam semua...

Sehari dua yang lepas, kerajaan telah mengumumkan kenaikkan RON 97, kepada RM2.90 seliter ( pertambahan 10sen ), memang tidak dinafikan kenaikan ini tidak mengatasi rakan-rakan negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia, tak termasuk Brunei kerana Brunei adalah pengekspot minyak. Bebanan kenaikan juga tidak terasa khusus kepada masyarakat yang menggunakan RON95 kerana ianya masih kekal pada harga RM1.90. Apakah benar dengan kenaikan ini ianya tidak menjejaskan rakyat?

Apa yang sedihnya dalam keadaan negara ada rakyat meminati parti pemerintah dan parti yang ingin memerintahkan, daya fikir kedua-duanya memang berbeza, sudah pasti yang menyokong akan terus menyokong walaupun ianya memberikan kesan buruk kepada penghidupan harian, tapi yang menentang akan terus menentang tapi jika penentangannya berjaya yang menikmatinya semua pihak. Termasuk yang menyokong. Dengan itu kepada penyokong dan pembangkang berfikirlah cara rasional.

Kita bincang semula kaitan dengan harga minyak. Apa bezanya antara Malaysia dengan Singapura, Thailand mau pun Indonesia dari segi penghasilan minyak?, apa persamaan antara Malaysia dengan Brunei dalam kes yang sama. Kenapa tak diberikan contoh Malaysia dengan Brunei, kenapa harus di contohkan Malaysia dengan Singapura? kita perlu berfikir.


Paparan yang di sertakan adalah menunjukkan 5 buah negara pengeluar minyak termasuk Malaysia, dan Malaysia pula menduduki no 27 di dunia di belakang Iran ( 5 ), Qatar ( 22 ), dan di depan Oman ( 28 ), Mesir ( 29 ), dari segi harga dan kedudukan Malaysia no 27 dan harga per liter ialah RM2.90 dan Omar no. 28 hanya RM1.00 dan Mesir no. 29 hanya RM1.06, kenapa agaknya harga ke lima-lima negara ini harganya amat jauh berbeza? Kenapa agaknya Malaysia pula yang terlalu mahal?

Sebenarnya kenaikan barang-barang keperluan masa kini sudah " lali " oleh rakyat, sama ada mereka peminat pemerintah atau mereka yang menentang, rakyat terima apa saja, kerana kenaikan di perlukan untuk tujuan pembangunan. Pemimpin juga perlu nak hidup. Cuma kalau perlu di minimakan kenaikan dan tidak pula menjejaskan pendapatan usahawan dan keperluan pemimpin. Kita boleh lihat bagaimana kes YB Sabak Bernam, YB Kuala Nerus. Tidakkah kita rasa malu atas kejadian seperti itu? Lihat saja bagimana salah laku dalam NFC? Bagaimana pula kes di Mahkamah Perancis?

Satu persoalan yang harus di fikirkan apakah benar RON97 ini hanya untuk orang kaya, untuk orang bandar, untuk golongan " elite " ada kalangan pencaci UMNO langsung tidak hirau dengan kenaikan, kerana menerima " propaganda " dari TV, akhbar perdana dengan alasan kenapa perlunya dinaikan dan mereka pula terus menerima bulat-bulat cerita dari media tersebut. Kalau kereta pak menteri sudah tentu minyak di bil kan terus ke kementerian, mereka tak bayar pun. Jadi apa ada hal dengan mereka.

Apakah RON97 hanya digunakan oleh kerata menteri dan pemimpin UMNO sahaja?. Apakah ia tidak melibatkan kenderaaan awam, terutama kenderaan yang yang mengangkut keperluan harian pengguna? Apakah mereka tidak menaikan harga keperluan tersebut? Tidak kah nanti, barang keperluan akan juga turut naik, yang pasti ianya barang keperluan akan naik, jadi apakah andaian yang mengatakan kenaikan ini tidak menjejaskan orang awam?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA