Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 17, 2012

PATI PENENTU UNTUK KEMENANGAN UMNO

Elemen penting dalam pengurusan dan pentadbiran setiap pilihanraya samada Piliharan Raya Kecil ( By election ) mau pun Piliharan Raya Umum - Kad Pengenalan - tanpa kad ( walaupun ianya boleh di gantikan dengan dokumen lain seperti lisen memandu, paspot antarabangsa ) tapi kad pengenalan adalah dokumen yang mudah untuk di " tukar ganti " - kerana ianya " mesti " dimiliki oleh setiap orang.

Apakah ada kalangan tertentu yang berkuasa untuk memberikan dengan semudah itu untuk setiap individu memiliki KP - sebagai rakyat biasa sampai sahaja ke usia 12 sudah di Wajibkan memilik kad tersebut kemudian untuk membolehkan individu tersebut untuk menjadi pemilih mereka pula hanya perlu untuk mendaftarkan diri dengan pihak SPR ( Suruhanjaya Pilihanraya ) badan yang bertanggongjawab terhadap setiap kali pilihanraya sama PRK atau pun PRU.

Tapi kenapa isu pemberian IC - KP ini di timbulkan? Apakah ianya sudah menjadi satu amalan pihak tertentu untuk tujuan tertentu? Isunya apabila ada KP individu tersebut boleh " mengundi " dan mereka boleh memilih siapa yang di minati oleh mereka.

  Contoh; di mana satu kawasan yang memerlukan pengundi
Bagaimana kalau semua kawasan memerlukan penambahan pemilih, di mana nak cari pemilih?

KP hanya boleh di keluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan jabatan ini pula di bawah kelolaan KeDalam Negeri. yang berhak untuk mendapatkan KP berwarna biru hanyalah warga negara, dan lain-lain pendatang hanya akan diberikan Kad Pengenalan Merah dan apabila di sahkan sebagai warganegara baru mereka boleh diberikan KP dan berhak untuk bergelar sebagai warganegara.

Apa yang terjadi di Sabah dengan kemasukan beramai-ramai pendatang dari Filipina dan mereka " bermastautin " di perairan Sabah dan dengan ketentuan dan kehendak Allah keadaan politik telah memberikan laluan kepada mereka untuk diberikan " identity " rasmi sebagai rakyat dan boleh membantu kemengangan kepada sebuah parti pemerintah maka " mereka " dapat kerakyatan dan di berikan peluang untuk menentukan siapa harus menjadi pemimpin dan memerintah Malaysian. Dah lama berlaku cerita ini.

Apakah tsunami PRU12 telah dijadikan penyebab " pengambilan " semula pendatang asing seperti rakyat India, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Kemboja, Afrika, Cina, Philipina, Vietnam & Indonesia untuk diberikan peluang memilih bakal pemimpin pada PRU13 nanti? Jika ini benar dan usaha memang dibuat untuk nya amat ZALIM dan adalah SATU KESILAPAN besar dan ianya mampu untuk membawa bencara kepada rakyat pada masa mendatang.

Kehadiran " MEREKA " cukup menyiksa rakyat tempatan, kini kesengsaraan amat di rasakan, mereka ada di mana-mana, lihat sahaja di Bandar Raya Kuala Lumpur, setiap cerok di huni oleh mereka. Di ladang, sebagai " amah " dan kehadiran mereka juga memberikan image yang kurang baik untuk Malaysia itu sendiri. Terutama dari sudut masalah Sosial.

Apakah dengan kekalutan untuk mempertahankan kuasa telah memberikan laluan kepada pemerintah untuk " menjual " negara? Apakah tindakan sedemikian melambangkan " kesetiaan " kepada negara sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Kalau benarlah apa yang di ragui oleh ramai kaitan dengan usaha ini, seolah-olah kepimpinan yang ada kini sedang berusaha menjual negara. 
 

Atau apakah untuk mempertahankan kuasa yang kian terhakis, negara perlu di jadikan mangsa. Mengapa tidak " ukur baju di badan sendiri ". Sepatutnya rasa sedar kenapa rakyat sudah muak dengan cara kepimpinan yang disediakan? Tidakkah terfikir, dengan " membeli " undi ini akan meninggalkan kesan negatif kepada negara? 

Tidak terfikir ke dengan ramainya " mereka " telah meninggalakan kesan sampingan seperti peningkatan kadar jenayah, perbelanjaan yang tinggi untuk menjamu mereka di pusat-pusat tahanan, menyekat peluang kerja untuk rakyat tempatan, menyediakan pendidikan, perubatan dan lain-lain lagi.

Apakah kepimpinan sedia ada takut menerima hakikat kepimpinan mereka sudah tidak " relevan " lagi dan cukup takut untuk hilang kuasa, tapi sedia berkorban untuk menjual negara asalkan kuasa masih di kuasai. Sepatutnya mereka ada rasa rendah diri serta mengubah diri dan jauhkan keangkuhan dan kebodohan, sifat anggoh dan bongkak yang merugikan semua pihak. Ingatkan generasi mendatang.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA