Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, March 19, 2012

TAJUDDIN & TOMYAM


AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sekali lagi menjadi bahan ejekan oleh MP yang lain terutama MP dari Kelantan, apabila beliau menidakkan orang Melayu Kelantan dengan jualan " tomyam " perang mulut antara beliau berlalu sehingga beliau tidak dapat menggunakan masa ucapan penggulungan titah diraja dengan cara yang sesempurnya, beliau cukup berang, cukup marah hingga mencabar terutama YB Salehuddin Ayub. ( Kubang Kerian )

“Kerajaan PAS gagal wujud peluang ekonomi kepada rakyat Kelantan, bukan hina penjual tomyam Kelantan... Mereka terpaksa keluar negeri untuk jual tomyam,” sambongnya lagi “Jangan nak belit-belit. Saya tak hina penjual tomyam, tetapi kerajaan PAS gagal (sediakan peluang pekerjaan). Kita nak menuju kepada pembangunan ekonomi kita. Kita dah buat. Pembangkang kata boleh buat lebih baik. Tapi mana? “Apa yang kerajaan Kelantan dah buat selepas 22 tahun memerintah. Mana rancangan tanah seperti FELDA,” kata YB Dato Tajuddin.

YB Salahuddin kemudian berulang kali meminta Tajuddin menarik balik kenyataan itu. “Jangan hina orang Melayu berniaga tomyam. Harta dia halal. Jangan hina orang Kelantan,”
katanya.

antara rakan FB yang menonton klip video tersebut memberikan
sendiri komen.

Pada keseluruhannya, memang tidak dinafikan apa yang dilakukan oleh YB Tajuddin di Pasir Salak memang amat mendukacitakan, setelah memduduki kerusi DUN Kg. Gajah kemudian dinaikan pangkat ke Dewan Rakyat dan dengan licik beliau di berikan amanah untuk menerajui Felcra ( lombong emas ) yang menjadi idaman kepada mereka yang sentiasa dalam penghidupan yang lupa daratan.

Pada keseluruhannya prestasi YB Dato Tajuddin amat tidak menyenangkan tapi beliau kini sedang membina empire UMNO dengan " wang " Orang UMNO sendiri hanya pura-pura berbaik dengan beliau, mereka baik kerana beliau " berwang ", kerabat Felcra juga amat dukacita cara beliau, tanah tapak rumah untuk Generasi ke 2 kini sudah seolah-olah tidak menentu untuk mereka.

Jika Tajuddin mewakili UMNO untuk Pasir Salak, laluan untuk pembangkang merebut kerusi Pasir Salak agak cerah. Atau apakah Zainol Fazli Timbalan Ketua Bahagian yang juga EXCO kerajaan perak akan mencabar beliau? ini masa saja yang akan menentukan. Mungkin juga sifat " boros " beliau juga sudah memberikan satu isyarat kepada Najib untuk tidak memilih beliau sebagai calun buat PRU13 nanti.

5 comments:

  1. Ini sudah fitnah krn apa yg jadi berbeza sehingga naib presiden pas pun minta maaf kpd yb dato'. Harap dpt minta maaf krn fitnah dosanya amat besar.

    ReplyDelete
  2. Salam cgu Zam, betul ke apa yg ditulis oleh cgu zam??? atau hanya mengambil kesempatan diatas kekurangan pengikut sendiri?? Banyak sgt yg dispin dr cerita diatas. Langsung x diberitahu bagaimana kurang ajarnya YB Salahudin menghina YB Dt Taj sehingga diungkit hal keluarga Dt Taj!! Lagi satu mohon cgu Zam ceritakan kenapa YB Salahudin sendiri MEMOHON MAAF drpd Dt Taj di luar PARLIMEN.sebaik shj sesi dewan rakyat berehat?? Jgn memfitnah atau mengambil kesempatan & memusing cerita!! dgn pengikut yg hanya menganga shj apabila cgu Zam bercerita ,boleh ler... tapi dgn org yg mengetahui cerita sebenar bagaimana pula??? saya nasihat cgu zam siasat dulu atau hubungi YB Salahudin & tanya kenapa dia memohon maaf dgn YB Dt Taj??? beranikah cgu zam menerangkan kembali cerita sebenar yg berlaku di parlimen tempoh hari??x usah sembang ler kalau x berani nak memberi cerita sebenar yg berlaku.. dgr lah pendapat ini dr sorg sahabat cgu,Sila ceritakan perkara sebenar yg berlaku.itu lebih adil drpd memberi cerita yg telah dibelit belit faktanya.Bukan aper wahai cgu Zam, kalau tulisan cgu ni diambil serius oleh pihak yg terlibat & kemungkinan proses tindakan perundangan diambil ,jgn pula nanti cgu kata sistem perundangan pulak dipermain mainkan!!banyak kes ,apabila kalah dikata tidak adil tetapi bila menang langsung x sentuh mengenai tuduhan ketidak adilan itu.pastu mula la tuduh xder demokrasi la,kebebasan bersuara & entah apa apa lagi provok dilakukan. sk tqvm.

    ReplyDelete
  3. Cikgu ke pun mamat ni.... Aku rasa dia bkn cikgu... Cikgu seklh memandu gamaknye.. Ada ke calon nak btanding parti PKR ni p.salak ni...DUN ke PARLIMEN PKR nak btanding...

    ReplyDelete
  4. X baca paper gamaknye cikgu ni..salahuddin sendiri kan udah mintak maaf pasal mende ni..salahudin tu yg menghina dato' tajuddin..bkn dato' tajuddin menghina peniaga tom yam ! Seronok betui mike putar belit cerita yer??

    ReplyDelete
  5. SALAM HORMAT.... PENGERTIAN YANG SEBENAR.. TOMYAM IALAH SEJINIS MAKANAN... DAN YANG DIMAKSUDKAN DIDALAM PENERANGAN TERBABIT IALAH : SEBILANGAN ORG KELANTAN @ PENDUDUK KELANTAN MENJALANKAN PERNIAGAAN TOMYAM DI PERAK ATAU DI LUAR KELANTAN, KERANA : KURANGNYA PELUANG PERNIAGAAN DAN DAYA MAMPU PENJANAAN EKONOMI DI KELANTAN.. ATAU DENGAN LEBIH MUDAH DIFAHAMI JIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN TOMYAM DI KELANTAN MAKA IA KURANG MAJU ATAU JUALANNYA TIDAK BAGUS SEPERTI MANA IA DIPASARKAN DI LUAR KELANTAN.. PENIAGA ATAU PERNIAGAAN TOMYAM SAMA SEKALI TIDAK HINA.. MALAH SAYA SENDIRI SUKA TOMYAM, DAN DATO JUGA SUKA MASAKAN TOMYAM.. HANYA SEBILANGAN YANG BUTA TULI DAN TIDAK BIJAK YANG AKAN MEMANIPULASIKAN KENYATAAN DATO TAJ SPT MANA YANG CIKGU LAKUKAN. BOLEH SAYA TANYA CIKGU DULU MENGAJAR MATA PELAJARAN APA? PENDIDIKAN JASMANI KER"? ATAU TIME SAYA DULU KAMI PANGGIL (PJ)MALU DIKETAHUI ANAK MURID KELEMAHAN DAN KEBENAKKAN" SEPERTI INI CIKGU....

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA