Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, January 2, 2012

BERKEBAJIKAN - KEBAJIKAN APA BEZANYA

PAS menerima hakikat masyarakat majmuk dan menjadikan peluang keemasan bagi memperkenalkan NEGARA BERKEBAJIKAN yang berkonsepkan ADIL UNTUK SEMUA, dengan Kepimpinan Islam yang menekankan perpaduan kaum berasaskan persaudaraan kemanusiaan yang diwajibkan oleh ISLAM.



Antara Berkebajikan dan Kebajikan amat jauh bezanya, Berkebajikan ( Welfare State ) berteraskan kerajaan dan rakyatnya berkebajikan yang akan melahirkan rakyat, persatuan, komuniti, syarikat, koporat dan pemerintah - agensi ini berlumba-lumba untuk melakukan kebjikan yang disokong oleh sistem pemerintahan yang cekap dan menguntungkan kesemua pihak.

Bagi Kebajikan - ianya hanya bergerak di satu pihak sahaja - kerajaan, kerajaan melakukan program kebajikan. Akhirnya ia ( kebajikan ) akan melahirkan mereka yang sentiasa mengharapkan ihsan kerajan dan orang lain yang ada kalanya membebankan kerajaan dan merugikan semua pihak.

Dengan penambahan imbuhan " BER " kebajikan ianya ada gabungan antara kerja amal antara pemimpin yang berakhlak dan rakyat diusahakan menjadi baik. Bukan sahaja modal harta, termasuk juga modal insan dengan makna menyeluruh terdahap roh dan jasad, iman, ilmu, amal soleh dan akhlak. Bukan berilmu tanpa iman, amal soleh dan akhlak.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan:

1- Negara Berkebajikan : ianya mencangkupi urusan hubungan manusia sesama manusia secara adil dan hubungan manusia dengan tuhannya, dengan merujuk kepada maksud ' kebajikan ' itu dengan erti katanya yang sebenar menurut pandangan Islam. Ianya mestilah dilaksanakan dengan penuh keadilan menurut ertinya sebenar.

2- Negara Berkebajikan : pembinaan negara sebagaimana yang diiktibarkan dalam Alquran, assunnah dan sejarah kecemerlangn umat Islam.

3- Pemimpin dan Negara : adalah yang melaksanakan kebajikan itu itu beriman, mengejakan alam soleh, berakhlak dan mempunyai kekuatan serta keupayaan mentadbir / mengurus

4- Sifat Pemimpin dan Negara : yang melaksanakan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar dengan bertangjjawab kepada Tuhan dan beramanah sesama manusia

5- Rakyat dan pemerintah: sentiasa berlumba-lumba melakukan kebajikan, di mana budaya memberi dan menyumbang mengatasi budaya menerima atau meminta.

6- Mengutamakan pengurusan kos: kehidupan rakyat disamping meningkat kesejahteraan rakyat dengan memastikan keperluan asas rakyat dinikmati oleh semua tanpa kecuali.

7- Mengelakkan perebutan peluang perniagaan: antara kerajana dan rakyat. Pada masa yang sama kekayaan negara tidak berputar di kalangan orang tertentu sahaja.

8- Mengutamakan pembangunan akhlak: akhlak dan jati diri rakyat di samping meningkatkan kecemerlangan akademik.

9- Menjadikan kepelbagaian adat, budaya dan agama : ianya sebagai pemangkin keharmonian rakyat dan asas kekuatan negara.

10- Memastikan imbangan kuasa pemerintah: dalam negara pada tahap terbaik dengan berlakunya pemisah kuasa antara kehakiman, perundangan dan eksekutif.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA