Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, December 1, 2011

" ONE OFF " MAKAN DIRI

Umpan 1 RM100 untuk setiap murid seluruh negara sebagaimana yang di canang dalam bajet 2012 telah pun di agihkan dan pengagihan tersebut juga memperlihatkan bagaimana pekanya kerajaan BN dalam menangani tuntutan rakyat, bagaimana mereka menjaga kebajikan rakyat, bagaimana mereka juga merasakan betapa susahnya rakyat masa kini. Yang terakhir dapatlah kepimpinan UMNO mendekati rakyat dengan memastikan rakyat terus memberikan sokongan kepada UBN.

Pemberian bantuan " one-off " kepada murid sekolah menjadi riuh dan percakapan di kebanyakan rakyat marhai. Heboh seluruh dunia, kebetulan dengan kehendaknya juga tibanya pula musim tenkujuh, jadi pemberian RM100 cukup bermakna kepada mereka dari gulongan pendapatan rendah. Rakyat marhain cukup berbesar hati dengan " ikhsan " tersebut. Pasti mereka akan membualkannya tetapi malang " rakyat " pula jarang yang sedar wang negara digulung berjuta ringgit oleh pemimpin parti mereka. Biasalah, pemberian kecil oleh kerajaan diwar-warkan kehilangan atau penyamuan oleh koler biru disepikan.

Kenapa kementerian tergesa-gesa untuk melaksanakan " keprihtinan " tersebut. Tidak dinafikan mungkin ada kalangan keluarga yang " tidak " akan menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan sebenar. Tambahan masa untuk persekolahan jauh lagi. Kenapa pihak kementerian " memaksa " sekolah perlu " membayar " semua wang tersebut sedangkan sumbangan itu boleh disimpan di sekolah untuk " potongan " bayaran yang diperlukan semasa sesi persekolahan itu nanti. Atau apakah pihak kementerian ada isu lain yang perlu di sembunyikan?

Umpan 2 RM500 untuk seisi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM3000, kini semua ketua kampong telah di amanahkan untuk menyediakan borang secukupnya, mengedar dan memastikan semua borang di semak dan dikembalikan ke Pusat Khidmat Dun ( dimaklumkan demikian ) Persoalannya kenapa di Pusat Khidmat DUN.

Malaysia kini ada melebihi 27 juta nyawa dan sudah tentu bilangan keluarga kurang lebih, 10 juta dan kita andaikan pula keluarga yang memerlukan " one off " RM500 ini seramai 6 juta dan berapa bilion pula pihak kerajaan perlu menyediakan peruntukan tersebut? Dari mana agaknya kerajaan dapat duit untuk tujuan pembayarannya nanti. Mungkinkah sumber dari sumbangan " penyangak " seperti wang kapal selam, wang cincin, atau wang dari GLC seperti Felcra, Ridsa, Felda, LUTH, KWSP atau pun PETRONAS, atau mungkin kerajaan memang sudah bersedian ke arah sumbangan tersebut?

Tapi kenapa khidmat Pusat Khidmat DUN yang perlu menjadi pusat agihan, dahlah gitu pusat Khidmat Dun dari PR tidak pula dilibatkan? Ini jelas membuktikan agihan sama ada RM100 atau pun RM500 ianya ada kaitan dengan kepentingan politik semasa.

Implikasi dari kedua-dua serahan ini dapat di lihat di mana kepimpinan UMNO kini hanya boleh berpolitik dengan menggunakan wang rakyat, mereka sudah tidak mampu memperjelaskan idealisme perjuangan, kerana kepimpinan dan corak hidup mereka penoh dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan cukup tidak amanah dalam kepimpinan. Pihak kerajaan juga sebaliknya boleh memberi keperluan persekolahan seperti bag dan di sediakan lambang " dacing " pada bag tersebut, dan stail ini pernah di lakukan zaman Sanusi Junid semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertanian - sumbangan baja dengan bag baja terpampang gambar dacing.

Dengan ini jelas memperlihatkan kepada rakyat, UMNO hanya mampu berjuang dengan menggunakan wang ringgit, wang ringgit di anggap boleh " mengelabukan " mata rakyat. Rakyat boleh di cucuk hidup hanya dengan RM100. Pemberian " 0ne off " ini jelas tidak melambangkan keikhlasan dari kepimpinan, pemberian ada kaitan dengan kepentingan politik semasa. Mampukah UMNO meneruskan cita-cita politiknya dengan " menjual " bangsanya sendiri? Juga mereka sanggup menggadai harta negara untuk kepentingan rakan dan taulau serta sanak saudara?

Barang kali kalau bukan kerana wang Umno sudah tidak dapat berjumpa dengan rakyat lagi. Di sini menjelaskan bahawa air liur, kata-kata dan janji Umno sudah tidak diyakini rakyat. Kenapa, jawabnya kerana sudah terlalu lama Umno 'berlawak' dan mempersendakan rakyat. Begitulah kalau belawak (bohong) sudah berkarat rakyat tidak akan mendekati lagi, dan kalau mereka memakan umpan (terima wang RM100) mereka tidak mudah menelan jorannya kerana mereka sudah mangli dengan tektik dan teknik itu politik ala ala Abu Jahal itu.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA