Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, December 13, 2011

NAJIB - IKUT DAN TIRU IDEA TONY PUA

Sementara menunggu penerbangan ke Guanghou - Cina juga sedang menikmati kopi pahit teringat satu isu yang pernah di luahkah oleh kepimpinan DAP kaitan dengan cadangan untuk mengurangkan tenaga kerja di perkhidmatan awam. Saranan Tony Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP telah mendapat tentangan yang cukup hebat dari kepimpinan UMNO dan balaci-balacinya.

Apa rasionalnya beliau memberikan cadangan tersebut atau beliau sengaja ingin mendapatkan rasa " amarah " rakyat, sudah tentu kalangan kepimpinan dan pengikut tegar UMNO pasti menyerang dan membelasah Tony. Tapi bagi Tony ( yang juga AP Petaling Jaya Utara ) ada antara jawatan yang diujudkan bukan untuk kepentingan perkhidmatan awam tapi sebaliknya perlantikan mereka untuk kepentingan organisasi yang ada kaitan dengan parti pemerintah. Bagi Tony memang ujud ketara sekali perberzaan antara perkhidmatan awam dengan mereka yang berkhidmat untuk kepentingan parti politik ( di maksudkan parti yang sedang memerintah )

" Penjawat awam adalah berkhidmat untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan parti pemerintah. Namun Umno mewujudkan pelbagai jawatan atas nama perkhidmatan awam untuk menjalankan kerja-kerja untuk kepentingan partinya. Antara jawatan awam yang diwujudkan itu ialah di KEMAS, JABATAN PENERANGAN, RISDA dan JASA ".

Tony juga menyatakan betapa hipokritnya PM, dalam hal mengecilkan jawatan dalam perkhidmatan awam tersebut. Semasa pembentangan bajet 2012 beliau turut mengumumkan untuk mengecilkan saiz kakitangan dan bersedia untuk memansuhkan sejumlah 29k jawatan di bawah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai Januari 2012. Pengumuman itu dibuat selepas beberapa hari PM menyerang kepimpinan PR yang menyuarakan hasrat tersebut.


Di mana suara PERKASA, dan NGOs mesra UMNO yang lain, yang selama ini mempertikaikan kenyataan pemimpin PR. dengan itu sahlah ahli-ahli UMNO ini " laksana lembu yang di tarik hidungnya "

“Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang)
bersikap hipokrit tahap tertinggi,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA