Perasaan " dendam " UMNO kepada PR khususnya PAS amat " mendidih ". Apa saja pembaharuan yang di buat oleh PAS akan diserang habis-habisan oleh UMNO. Terbaru, UMNO menyerang " Negara Kebajikan " terhadap PAS, PAS mengutarakan negara berkebajikan dalam muktamar parti yang ke 57, Serangan di atur dari setiap sudut, semua akhbar milik UMNO dan media elektronik memberikan laporan negatif kaitan dengan isu tersebut. Seolah-olah mereka hilang punca dengan perubahan tersebut.
PAS dengan cukup berhemah dan berjaya memberikan penerangan kaitan dengan isu tersebut. Negara Berkebajikan tidak membawa sebarang perubahan terhadap dasar parti. Antara negara berkebajikan dan negara Islam, bukan dua konsep yang eksklusif antara satu sama lain. Ia bukan antara Islam dan kafir, di mana hanya salah satu pegangan mesti dipatuhi. Hanya UMNO yang tidak faham dengan keujudan persamaan antara kedua-duanya, " Negara berkebajikan " adalah intipati negara Islam, dan rakyat pula amat mudah memahami konsep tersebut. Apa tah lagi " kebajikan " itu sendiri tiada yang negatifnya. Akhirnya UMNO kelu seribu bahasa.
Ku Li - Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah)
Kini Ku Li pula memberikan tamparan hebat kepada UMNO, ahli veteran itu mula hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO, " UMNO sudah tidak " releven " kuasa untuk berucap semua di kawal oleh MKT " kata beliau semasa pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (Amanah, beliau sendiri menerajui NGOs ini. Apakah beliau akan meninggalkan UMNO ? kita tunggu dan lihat sahaja. Tapi bagi UMNO Ku Li adalah sebagai " quran buruk "
Suasana pengurusan UMNO juga kini tempang, apabila presiden parti tidak meletakkan timbalannya sebagai nombor 2. Sebaliknya Datin Sri Rosmah telah menambil tempat di no. 2 dan rakan-rakan DSAI yang melompat parti dan meninggalkan sama ada PKR atau tidak lagi menyebelahi DSAI kini telah dapat memikat Dato Najib, dan apa saya tindakan mereka mendapat perhatian dan pertolongan PM.
" Nasib Muhyiddin kini sebagai terapong-apong dalam Kempimpinan UMNO, apakah beliau sedar dirinya sudah di pinggirkan, malahan Najib lebih bersedia menerima bekas rakan-rakan Anwar " Kata Muhd Lukhman Ghani, pegawai khas Ku Li. "Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya kepada Harakahdaily, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Kini siapa di belakang Najib:
Apakah masih ada esok lagi untuk Najib dalam kepimpinannya? Ini erserah kepada rakyat yang dapat memastikannya, kapada kakitangan awam pula hampir khususnya di peringkat tertinggi sudah muak dengan cara dan tindakan yang diambil oleh Rosmah, khususnya penglibatan beliau semasa penyediaan bajet 2012 yang lepas. Apa kena mengena beliau dengan persediaan tersebut? siapa dia?
Selain dari itu, rakan dalam gagasan BN juga menunjukkan rasa kurang senang dengan apa yang berlaku, MCA, MIC dan Gerakan juga menyediakan permasalahan masing-masing, di mana ia juga dapat memberikan tamparan kepada persediaan Najib untuk mempertahanan Putra Jaya.
Akhirnya, apakah Najib dan BN masih releven di Putra Jaya?
No comments:
Post a Comment