Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, November 13, 2011

NAJIB - SUDAH TIBA MASA UNTUK LETAK JAWATAN

Ini yang di katakan dunia itu berpusing, laksana roda ada masa di atas dan sampai masa nya ia pula di bawah, ada masa masuk lumpur dan masa tergolekkan najis haiwan ternakan yang berkeliaran. Semua rakyat Malaysia masih ingat bagaimana Anwar dengan bukunya kaitan dengan 50 Dalil Why Anwar tak leh jadi PM dan akhirnya Anwar di penjarakan dengan sistem undang-undang rimba.


Apa yang berlaku pada DSAI hampir 20 tahun yang lalu kini berulang semula dengan mengaitkan kemampuan dan kehebatan YAB Najib dalam mengendali uruskan Negera. Tapi bezanya Najib sudah pun berada di tampok pemerintahan dan DSAI dulu belum sampai dan dapat di hidu dengan cepat oleh Mahathir. ( gambar sekembali dari Mekah )


Kegopohan Najib dan Rosmah sama ada ke Mekah maupun kembali semula ke tahanah air dengan Haji Yan Mabrur ( isnyallah ) telah tidak diterima oleh rakyat UMNO. Apakah cara orang-orang UMNO ini bertindak ada kaitan dengan " paksaan " dari Rosmah itu sendiri? Tapi apa yang pasti memiliki jawatan PM ini, Najib tidak di uji sama malahan dapat cara mudah dengan perletakan jawatan penyandang ketika itu Abdullah Ahmad Badawi.

Buku Kesilapan 2 Najib: Karya Shabudin Husin yang juga Ahli UMNO Wangsa maju KL amat jelas sekali mempertikai dan tidak mempercayai lagi kepimpinan Najib. Buku yang " menelanjangi " apa yang sedang di lalui oleh PM adalah kesenambungan dari versi pertama " Tak Berubah, Faktor Rosmah dan Pola Sarwak Petanda BN the Eng ... Najib PM terakhir ".

Mungkin kah penglibatan cara " total " oleh FLOM ( First Lady Of Malaysia ) ini telah memberikan kesan negatif kepada pengurusan dan kewibawaan Najib. Keseronokan beliau berbelanja, penglibatan dalam urusan kabinate, akhirnya pihak kerajaan juga di paksa untuk memperuntukan satu jumlah untuk beliau sendiri. Contoh pada bajet 2010 melebihi 100juta RM di khaskan untuknya.

Akhir-akhir ini Najib sedang berusaha keras untuk " menarik " hati pengundi agar beralih semula ke BN, lihat bagaimana beliau ke Perak, hanya dengan menaiki bas, tapi di paparkan bas yang digunakan bagitu " eksklutif " sekali, mana ada berjiwa rakyatnya, berbasikal di Pulau Pinang, hingga terjatuh Khoo Soo Koon.

Tapi bajet 2012 memang amat memeranjatkan semua pihak, hanya " fanatik " UMNO sahaja yang meletakkan bajet itu amat berwibawa. Macamana kita nak berbelanja jika kita tidak ada pendapatan? Laporan Audit Negera juga memperlihakan bagaimana negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih " hebat dan bersih " dari Negeri BN. Hutang negeri BN tidak berbayar, rasuah dan salah guna wang amat ketara hampir di semua kementerian.

Dengan 19 sub topik, Shabudin menulis kemenangan untuk PRU13 amat sukar untuk BN, serta semua lakonan Najib pada akhir-akhir ini tidak dapat diterima oleh rakyat. Adalah yang terbaik agar Najib meninggalkan kerusi PM dan memberi laluan kepada kepimpinan yang lain. Pencacai Muhyiddin sedang berusaha keras kearah memasikan Najib meninggalkan kerusi PM tersebut.

Apakah buku ini Kesilapan2 Najib di terbit dan di lancarkan semperna dengan kembalinya beliau ke tanah air selepas menunaikan haji memberikan satu impak besar kepada Najib sama-samalah kita lihat pengakhirnya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA