Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, November 2, 2011

BAJET 2012 - KETIRISAN BERLELUASAN

Permasalahan kaitan dengan bajet 2012 yang di bentang oleh PM pada awal Oktober lepas masih belum sejuk lagi, malahan ianya terus di perbincangkan oleh semua pihak, tambahan pula bajet itu tidak pula menampakkan penambahbaikan dalam pengurusan kewangan negara. Najib boleh umum perbelanjaan sebaliknya gagal pula menlaporkan punca pendapatan negara. Persoalannya bagaimana nak berbelanja jika pendapatan tiada?

Perasaan rakyat bertambah marah lagi apabila Ketua Audit Negara membentangkan hasil audit untuk 2010, mana tidaknya cuba kita lihat dan tatap betul-betul bagaimana mereka berbelanja, kementerian dan agensi kerajaan menggunakan wang rakyat seperti wang " mak bapak " mereka. Rakyat terus sengsara.

MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta

Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

note: apakah pihak MSN tidak ada kepakaran dalam hal pembelian ini atau semamangnya mereka merencana untuk tujuan tertentu?

Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.


Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.
Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Note: Sebenarnya pihak JTLM memessan sejumlah 29buah teropong tersebut tapi pihak pembekal gagal untuk memenuhi pesanan dan hanya sanggup bekalkan satu sahaja. LO ( local oreder ) dah buat kira teriama aje le.

Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi

Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Laporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah pro
gram rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan m ereka.

Berikut beberapa barang yang dilap
orkan dalam laporan berkenaan:

Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan, dipetik portal Malaysia Kini.

Mengapa agaknya Pengurusan MARA sanggup dan sampai hati mendera rakyat dengan berbelanja tidak mengikut keperluan dan mereka langsung tidak melambangkan amanah pada tugas dan takut dengan seksaan Allah apabila mati nanti?

Pelapran Audit Negara juga menyentuh beberapa buah kementerian.
Kementerian terbabit ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; dan juga Kementerian Pengangkutan.
Turut dipanggil ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Stadium Negara Corporation.

Atas keprihatinan PAC ( Jawatankuasa Kewangan Negara ) dan ketegasannya semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memberikan maklum balas kaitan dengan pelaporan audit tersebut. Apa yang sedihnya PAC di pengerusikan oleh Dato Seri Azmi bin Khalid ( siapa beliau ) agaknya semua orang tahu apakah keputusan dan hasil siastan jawatankuasa ini nanti.

Ini disebabkan Jawatankuasa ini sering gagal dalam siasatannya,

Keretan Akhbar dari Australia

Sewaktu mengikuti suaminya Najib Razak ke persidangan negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia, menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888).
Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944).

Rosman dengan isteri perwakilan lain.

eshan ; Mkini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA