Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, October 8, 2011

UMNO PASIR SALAK KECEWA - DATO NAN SERTAI PAS



Pengarah Tarbiah PAS Pusat bersama Dato'Adnan Ibrahim (gambar) , bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Perak ,dulunya UMNO kini akhir hayatnya ingin bersama PAS.Foto di ambil semasa program Liqa al-fikri PAS Perak ,7 Oktober 2011.

Beliau yang beralamat di Jeram mengkuang, Bidor dan zaman persekolahannya di SMK Seri Perak adalah bersahabat dengan Dato Tajuddin Ahli Parlimen Pasir Salak. Keengganan beliau menyertai UMNO Pasir Salak telah meninggalkan kesan, kerana zaman menjawat jawatan di Kementerian Pelajaran, beliau memang menjadi " Think Tank " kementerian.

Changkat Jering,Taiping- Dulu Dato' Adnan Ibrahim merupakan Pegawai PPD LMS(Taiping).Semasa berkhidmat dulu teruk cikgu-cikgu PAS kena maki dan marah dengan Dato' Adnan.

Kelmarin PAS Perak menjadikan beliau ikon masyarakat kenapa perlu masuk PAS.Difahamkan beliau mendapat hidayah di Makkah ,untuk beliau terus meninggalkan UMNO.Lantas menyertai PAS.

Beliau mendakwa,Hishamudin Husein dan pimpinan UMNO memanggil beliau menasihatkan beliau agar terus dengan UMNO.
Tapi bagi Dato' Adnan Ibrahim, akhir hayatnya ingin bersama dengan PAS.

Ustaz Idris Ahmad,Pengarah Tarbiah PAS Pusat mengelu-elukan kemasukan bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Perak (Jabtan Pelajaran Perak) ke dalam PAS.
"Bekas Pengarah Jabatan pelajaran Negeri Perak ,boleh masuk PAS,kenapa JKKK atau penoreh getah tak boleh masuk PAS"ulas Ustaz Idris Ahmad.

Zaman sekarang,orang sudah pencen tak suka masuk UMNO.Pesara-pesara kerajaan tahu UMNO sebusuk-busuknya sehingga ke usus.Mereka tahu UMNO parti mengamalkan rasuah.Mereka tukar rasuah kepada politik wang.
sisi bukit

2 comments:

  1. Tahniah dato' Nan.....umno fikir semua org boleh dibeli dgn duit....Teman dulu msk PAS 26 th sebelum pencen.....kena tuko sekolah dgn alasan naik pangkat....dato' Nan pun ada tt dlm surat tuko tu.........TAPI teman TAK pernah marah dan kecewa.....kpd dato' Nan teruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran g diredhai Allah....
    drp ckgu pencen.

    ReplyDelete
  2. TN HJ NAN MASUK PAS? HA HA HA HA HA HA HA HA

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA