Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, October 9, 2011

PRU 13 - CALUN BN MASIH TERCARI-CARI

Kini BN Perak mula terasa bahang bagaimana untuk mempertahankan Kerajaan Perak agar tidak kembali ke tangan Pakatan Rakyat seperti apa yang berlaku pada PRU 12 tempoh hari. BN Perak kehilangan Pemerintahan kepada PR. Tapi kemudian dengan licik dan menggunakan segala " pengaroh " dan " kekuasaan " 4 kerusi di rampas semula dan Perak kembali ke tangan BN dengan tidak ada majoriti dalam pemerintahan.

NONE

Untuk PRU13, memang tidak dinafikan Perak masih dalam keadaan " tegang mungkin tidak terkawal " lagi. Petunjuk menunjukkan kemungkinan besar Dr. Zambry ( gambar ) tidak akan lagi menduduki jawatan tersebut dan mungkin menjadi ketua pembangkang.

"Sukar katakan kawasan tertentu sebagai 'hitam' sebab ini adalah politik. Kadangkala kawasan yang dianggap 'putih' (peluang cerah untuk menang) boleh bertukar 'hitam' kerana politik adalah sesuatu yang dinamik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan di Ipoh, semalam. " Mungkin juga wajah MB yang kini akan bertukar ke wajah yang baru, kita lihat bagaimana kerajaan PR hanya 8 bulan kita BN boleh ambil balik. Yang penting ialah bagaimana strategi parti di samping usaha dan kerja keras setiap anggota untuk aktiviti dan menawan hati masyarakat di situ " tambah beliau.
Senerio dan kata sepakat dalam BN masih belum terungkai, walaupun pun pucuk pimpinan seolah-oleh telah memberi garis panduan kaitan dengan kreteria pemilihan calun khusus untuk PRU 13 nanti, aspek 'likeable' dan 'winnable' perlu di guna pakai.

Selain itu, bagaimana pula kalau ada " pindah " kerusi, sebagai contoh kerusi Parlimen Gerik akan dikembalikan kepada Umno, bagaimana desakan dari Nazri Tan Sri Aziz untuk 6 kerusi parlimen dari MIC untuk UMNO - dapatkah diterima dan jika diteima kemana pula MIC akan bertanding ? Ini disebabkan " permuafakatan" dalam BN perlu diterima dan sah diguna pakai sehingga kini.

Walaupun Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengambilkira aspek 'likeable' dan 'winnable' sebagai garis panduannya dalam membuat pilihan. Tapi Dr. Zambry dilihat masih masih gagal untuk mengenepikan penyandang sekarang seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, Manong, Lintang, Pengkalan Baru termasuk di dua DUN di Parit Buntar yang pernah kalah. Kreteria " senioriti " masih perlu diguna pakai khusus untuk dun- dun tersebut. Untuk itu apakah Dr. Zambry masih " karam " dengan pemilihan calun untuk PRU 13 nanti ?

Isu " calon helikopter " juga dapat memeningkan kepada beliua, 2 calun senior yang menjadi masalah ialah Tan Sri Tajol Rosli dan Dato Raja Ahmad Zainuddin, kemana dan di mana mereka kedua-dua ini akan di letakan, apakah mereka di " tiadakan " jika di tiadakan sudah pasti perlu ada penggantinya, dan siapa pula yang akan di jemput untuk mengisi kekosongan tersebut? Di sinilah " calon terbang " dapat memainkan peranan dan selalunya pun calon jenis ini akan di isi oleh Presiden Parti.

APAKAH PERAK AKAN KEMBALI KE PEMERINTAHAN PR DI PRU 13 NANTI?
TUNGGU DAN PERHATIKAN BERSAMA-SAMA

1 comment:

  1. Dun kamunting sah tengah bergelora.Sekarang terdapat dua puak dan masingx tengah cantas antara
    satu sama lain.Itu pertanda baik.Tapi yang musibat
    nya undi pos.Undi ini patut dimansuhkan.Untuk
    maklumat kebanyakan bekasx tentera disini mesra PR.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA