Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, October 7, 2011

MANUSIA DI AKHIR ZAMAN

Manusia di lahirkan dengan keperluan dan kesanggupan untuk memastikan kedudukan, kecemerlangan, memastikan sekaya mana pun tapi apakah kita merasa sedar bahawa satu hari nanti hayat yang di kandung badan akan berkecai, akan di tinggalkan dan apa yang di tinggalkan hanya pelaksanaan tanggongjawab yang di tunai oleh tuntutan sebagai hamba Allah merangkap khalifahNya di muka bumi ini. Untuk itu sebagai hambanya kita amat perlu bertaqwa kepada Allah SWT, kerana ketaqwaan kepadaNya sebaikan bekalan untuk menemuinya nanti.

Tapi malangnya di akhir zaman ini ibubapa telah " tidak " meletakkan kepentingan kepercayaan dan " ketaqwaan " terhadap Allah, sebaliknya amat lebih mementingkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan sebagainya. Bagi keluarga kepuasan hanya kelulusan yang cemerlang diterima oleh anak yang amat di harapkan walau pun pada masa yang sama " kekadang " mereka " terlupa " kepentingan " agama terabai.

Naluri untuk kejayaan dan kecermelangan memang tidak dinafikan oleh Islam. Sebaliknya ianya memang menjadi tuntutan, malahan ianya pasti akan membawa wajah yang fcantin dan indah kepada Islam kerana ianya dapat menandingi penganut agama lain. Tapi pernanan ibubapa selain dari mementingkan kemajuan dunia, Islam juga memerintah agar anak-anak juga turut cemerlang di dunia dan akhirat.

Selain dari ujian di dunia, kita selaku ibubapa juga perlu memikirkan setiap persoalan dan ujian yang bakal di hadapi oleh anak-anak apabila mereka menerima sijil kematian nanti. Sebagai contoh, kita akan di hadapkan dengan perlbagai persoalan dan perintah-perintah dan senerai larangan dari Allah SWT. Tarikh kematian juga tidak di ketahui. Malahan semasa di alam barzakh kita akan terus menerima persoalan demi persoalan untuk memastikan ketenangngan atau pun kesengsaraan dari Allah.

Bertitik tolak dari kefahaman diatas seorang ayah sepatutnya tidak bergembira walaupun anaknya boleh 5A dalam UPSR atau cemerlang di lain-lain peperiksaan, tapi gagal untuk menunaikan 5 kali solat wajib sehari. Sepatutnya tidak terlaku gembira dengan kemampuan menjawab peperiksaan tapi gagal membentuk sahsiah, mereka gagal menunaikan sembahyang, tidak menutup aurat, gagal untuk membaca alquran. Dengan kegagalan tersebut, kita boleh lihat bagaimana peningkatan kes buang bayi, ponteng sekolah, penagihan dadah dan sebagainya.

Tapi kerajaan tidak mengindahkan " melapetaka " kerosakan akhlak ini, sebaliknya bangga dengan pencapaian kecemerlangan akademik tersebut. Ini jelas falsafah kebendaan telah menguasai masyarakat kita, sehingga kejayaan diukur dengan pencapaian material maka falsafah peperiksaan ini semakin tersasar sehingga ada kes anak-anak di halang untuk meneruskan peperiksaan disebabkan kononnya demi menjaga prestasi sekolah. Anak didik di kurung. Amalan ini dimana letaknya nilai soerang guru terhadap muridnya?

Cuba kita lihat dalam kes HUDUD, amat kecewa sekali, para pemimpin langsung tidak berani menyatakan kebenaran dan kebaikan hukum yang tercatat dalam Alquran tersebut? Berbagai-bagai helah di berikan agar rakyat dapat terima ketidak sesuaian hukum Allah tersebut. Akhirnya masyarakat menjadi porakperanda.

Kerosakan moral generasi zaman ini juga di main peranankan oleh kepimpinan yang memerintah masa kini. Pemerintah lebih mementingkan " keduniaan " daripada alam akhirat.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA