Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, October 12, 2011

KENAPA PERLU BERALIH DARI BN KE PR


Kepada semua rakyat Malaysia, sama ada mereka berhak untuk mengundi atau pun sebagai pemerhati politik, adalah diharapkan untuk memastikan pada PRU 13 nanti BN yang di tunjangi oleh UMNO tidak lagi berada di Putra Jaya dan juga tidak lagi memerintah sebilangan besar kerajaan negeri.

Kenapa KITA MESTI tinggalkan BN / UMNO

  • Islam tidak menjadi dasar, akhirnya banyak perkara yang dilaksanakan semasa berkuasa bertentangan dengan Islam
  • Dasar Umno/BN pragmatis (ikut suasana). Mana yang boleh untung ia akan ikut. Contohnya Bank Islam
  • Islam hanya kuda tunggangan Umno/BN, terutama di kawasan yang kuat agama contohnya Muhyiddin Yassin mengatakan undi BN juga masuk syurga ketika kempen PRK Manek Urai
  • Akhlaq pemimpin yang terlibat dengan skandal yang mengiabkan seperti yang berlaku kepada bekas Ahli Parlimen Gombak, Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita Umno Kelang.
  • Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpul kekayaan bukan untuk membela agama dan rakyat.
  • Orang agama dalam Umno hanya bersifat kupang tembaga. Peranan golongan agama hanya untuk menjadi 'peluru' melawan PAS, baca doa, tahlil dan marhaban. Suara mereka tidak diendahkan hatta fatwa mufti pun diketepikan, Contohnya pengharama Jom Heboh
  • Dasar bumiputera sebenarnya adalah Umnoputera. Akhirnya hak orang lain dibolot oleh Umnoputera yakni menindas orang lain khususnya orang yang berlainan ideologi. Akibatnya matlamat DEB gagal ekonomi orang Melayu jauh ketinggalan
  • Diskriminasi terhadap kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat sangat ketara. Contohnya penafian royalti kepada Kelantan dan pemberian wang perka pita dilengah-lengahkan.
  • Khianat bangsa sendiri. Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu dengan mempernalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2003.
  • Politik khianat bangsa, yang penting ialah kuasa, contohnya persempadanan baru pilihanraya pada 2003 untuk PRU 2004 di mana negeri Kelantan dan Terengganu tidak mendapat tambahan kawasan Parlimen baru.
  • Umno mengajar rakyat dengan politik rasuah ketika pemilihan Umno dan kempen pilihanraya umum atau kecil. Sehingga ada pemimpin utama mereka disabitkan dengan rasuah antaranya Ali Rustam dan Isa Samad.
  • Tun Mahathir kata Umno sudah busuk sampai ke usus sukar hendak diubati
  • Tun Musa Hitam kata Umno dilanda penyakit 'ketuaan' ertinya sudah sampai umur nyanyuk
  • Kewujudan PERKASA menunjukkan Umno gagal membela Melayu
  • Umno/BN merestui industri judi di negara ini. Buktinya untuk tahun 2009 jumlah cukai judi ialah RM2.3 bilion.
  • Umno 'pandai' memerintah sebab itu hutang negara meningkat kepada RM450bilion iaitu seorang rakyat menanggung hutang sebanyak RM40,000.
  • Umno membazir wang rakyat sebanyak RM77juta untuk mengupah syarikat Yahudi APCO.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA