Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, September 16, 2011

KHADI - TERTANGKAP DENGAN KHALWAT


Maklumat ini diterima dari rakan-rakan bloger yang ramai di bumi Malaysia ini, setiap pelusuk negara mereka bersembunyi dan setiap cerita yang mereka terima akan di lakar di blog dan di kirimkan untuk tatapan dan bacaan peminat dan pelayar blog. Ada cerita boleh terima, ada cerita kena fikir dan terima ada cerita baca dan tinggalkan sahaja.

Cerita ini cukup menggemparkan? benar ke, sah ke atau sebaliknya, fikirkan














Sehari dua ini kita digemparkan dengan berita seorang Kadi @ Pegawai Agama ditangkap khalwat di negeri Melaka ini. Saya mendoakan agar berita ini tidak benar kerana ianya jelas memalukan umat Islam jika ia benar.


Mana tidaknya jika benar, di mana kita hendak letakkan muka kerana Kadi ialah seorang yang berilmu yang sering memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah berkaitan dengan agama.

Saya mengharapkan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ustaz Rahimin Bani menafi atau mengesahkan berita ini kerana ianya penting bagi menjaga kesucian Islam. Kalau ianya tidak benar maka pihak yang menabur fitnah mesti didakwa kerana menabur fitnah. Kalau ianya benar ia merupakan suatu peristiwa malang bagi negeri Melaka setelah berlakunya penyelewengan dalam wang zakat kerana digunakan untuk buat bangunan kini Pegawai Agama @ Kadi pula didakwa melakukan khalwat.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA