Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, August 5, 2011

BERSIH - TEMBELANG SPR TERUS TERBONGKAR


http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/4/42/Bersih_2.0_logo.png/200px-Bersih_2.0_logo.png





Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lepas telah meninggalkan seribu kenangan sama ada kepada demostrator mau pun pihak polis dan kepimpinan UMNO itu sendiri. Tapi yang teperangkap hebat ialah beberapa kepimpinan PR, ada yang patah kaki, ada yang perlu di jahit kepala, dan ada juga yang meninggal dunia.

Kepada SPR - kesan yang di sangka selepas 9 Julai itu, bertambah lagi terdedahnya penyelewangan yang berlaku di daftar pemilih. Satu demi satu pendedahan di dedahkan oleh pihak orang ramai, malahan mereka yang pernah " memangkah " kertas undi khusus di markas tentera berani membuatkan pendedahan.

Tapi dengan kebodohan dan ketololan pegawai SPR dan kepimpinan kerajaan masih lagi memberikan alasan " Jika pilihan raya di Malaysia tidak bebas, adil dan tidak bersih, bagaimana Pakatan Rakyat boleh menang lima negeri dan dapat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008? " itu soal mereka.

Tapi bagi kepimpinan PR mereka tegas dan yakin jika pilihan raya bebas, bersih dan adil, PAS, PKR dan DAP – Pakatan Rakyat – sudah pasti berjaya membentuk kerajaan pusat dan memenangi hampir semua kerajaan negeri dalam PRU 2008. Kenyataan ini memang ada benarnya. Lihat saja bagaimana ketua Pemuda UMNO di Rembau hanya menang dengan adanya undi POS. Hatta Najib sendiri pernah menang di Pekan dengan kelebihan kurang dari 300 undi juga dengan petolongan undi POS.

Rakyat juga mengetahui tentang apabila parlimen di bubarkan, ini bermakna " kerajaan " sudah tiada dan yang memerintah ialah satu badan " kerajaan sementara - ( caretaker ), pada masa itu semua harta kerajaan dibekukan, mereka menyalahgunakan segala jentera, agensi, jabatan dan apa sahaja milik kerajaan hasil wang rakyat. Tapi apakah ini berlaku di Malaysia? Tapi di Malaysia bubar ke tidak kemudahan kerajaan terus digunakan oleh ahli parlimen yang memerintah. Bukan setakah keperluan asas malahan " wang " rakyat juga ditabur mengikut sesuka hati mereka aje. Mantan kepimpinan kerajaan dengan angkuh dan bongkah terus menggunakan harta benda kerajaan untuk tujuan berkempen. Di mana SPR ketika itu?

Apakah pemimpin-pemimpin BN tidak yakin dengan kemampuan sendiri untuk menghadapi " musuh politik " mereja terus menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri, menteri, ketua menteri, menteri besar, timbalan menteri, setiausaha parlimen, exco-exco negeri yang semuanya bertaraf “sementara” (caretaker) untuk mengumumkan projek pembangunan serta meluluskan projek dan program. Selain dari keperluan logistik seperti kereta, lori, helikopter, bot, kapal terbang dan sebagainya atas kedudukan calon-calon BN yang disalahgunakan sebagai pemimpin kerajaan turut serta ialah agensi kerajaan seperti RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan secara terang-terangan berkempen untuk BN dan menghentam parti-parti lain yang bertanding

Dalam masa tempoh berkempen ruang untuk bersama berkempen di corong radio atau di TV serta keperluan akhbar perdana memang menjadi hak mereka sahaja. Bagi media massa “swasta” pula, semua media arus perdana adalah milik BN, secara langsung atau tidak langsung, yang secara terang-terangan berkempen untuk BN. Mana-mana media yang tidak berbuat demikian terdedah kepada ancaman penarikan permit atau permit tidak diperbaharui mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA);

Memang perlu BERSIH 3.0 di anjurkan kerana kegagalan SPR memberikan kesamarataan gelanggang untuk bertanding memang ketara sekali. kalau kita ambil dari pihak keselaman pula, kemudahan permit dari Polis amat sukar sebaliknya mereka berusaha untuk membatalkan semua program yang dirancang. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan meniti di bibir pemimpin dan pihak polis, yang malangnya akta ini seolah-olah dikhususkan untuk pemimpin PR.

Melalui BERSIH 2.0 jelas memperlihatkan SPR bukanlah badan bebas, sebaliknya ia bertindak seperti sebuah badan yang cuba memastikan UMNO / BN senetiasa di hadapan untuk menang. " Kita akan ubah apa yang perlu, tuntutan yang dibuat perlu mendapat kelulusan dari parlimen " itulah ungkapan yang diberikan kepada kepimpinan PR dan rakyat.

Melalui BERSIH apa yang dituntut ialah satu sistem pilihanraya yang tanpa di curigai, bersih, teratur dan memberikan kemudahan ke samarataan untuk semua parti yang bertanding.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA