Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, July 22, 2011

SAH RAKAMAN VIDOE POLIS YANG BENAR


Tahniah dan setinggi penghargaan kepada pihak PDRM yang telah berjaya menterjemahkan insiden 9 Julai pada umum dengan pelaporan di buat oleh Datu Salleh Mat Rasid selaku Pengarah Keselamatan dan Negeri dan Ketenteraman Awam ( gambar ), rakaman video yang di pertontonkan selama hampir 30 minit itu hanya satu perlakuan di mana pihak anggota PDRM dengan penoh beretika dan berdisplin menjalankan tugas. Tahniah. Rakaman boleh di tonton dari blog - Milo suam. ( maaf, tanpa keizinan )

NONEDalam vidoe tersebut hanya 3 insiden yang dilaporkan dan ianya juga di oleh dengan bagitu baik sekali. Insiden satu kaitan dengan bagaiman Baharuddin Ahmad melarikan diri dengan rakan yang lain di Avernua K, kemudian terjatuh dan dalam tempoh yang singkat pihak ambulan memberikan khidmat bantu membawa beliau ke hopitak KL, untuk mendapatkan rawatan segera.

Kes 1 - kaitan dengan patahnya tulang rusuk Baharuddin, semasa terlantar di katil hospital, Baharuddin di berikan rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang oleh pihak berkuasa. ( rawatan ini untuk memulihkan sistem pernafasan ). " patahnya tulang rusuk lelaki itu adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa " kata Dato Salleh. kenapa pihak PDRM dengan mengeluarkan kata-kata " mungkin " ini boleh menyebabkan ramai tidak yakin dengan alasan tersebut. Memang tidak dinafikan penggunaan CPR ini boleh mematahkan tulang rangka mangsanya.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” Apakah cara pihak hospital memberikan khidmat bantuan ini di laksanakan dengan cukup kasar sekali hinggakan tiup ( getah ) yang lembut itu boleh mematahkan gigi kekal manusia berusia 58 tahun. Pada usia ini gigi kekal amat sukar untuk dicabut, tapi mudah pula untuk patah hanya dengan memasukkan tiup.

Kedua-dua insiden ini pihak hopital amat perlu bertanggongjawab dan memberikan penjelasan sebenar, kekuatan kuasa untuk PCR yang digunakan dan betulkan gigi patah kerana kemasukan tiup tersebut? Kalau ini benar berlaku, dan apakah tahap " kepandaian " doktor kita masih rendah dan tidak mengenal pasti tahap usia pesakit dan mungkin usia Baharuddin 58 tulang rangka nya sudah reput dan kenapa guna kuasa yang tinggi.

Kes 2 - Insiden kemalangan Timbalan Presiden Pas, gambar yang di tontonkan memang jelas beliau yang melanggar " landrover " polis, tapi cuma yang perlu dipersoalan ialah di mana lokasi kejadian dan Mat Sabu di kejar oleh landrover dan sebuah kereta waja, kenapa beliau belok ke kanan, dan landrover teruskan perjalanan kemudian berhenti dan Mat Sabu belok ke kiri dan seolah-olah melanggar landrover tersebut di bahagian belakang. Gambar vidoe ini boleh dipertikaikan.

Kes 3 - dalam vidoe tersebut ialah pancutan air ke hospital Tang Sin, hanya rakaman ini pihak polis mengaku memang pancutan air di arahkan ke hospital tapi bukan terus ke hospital sebaliknya ke jalan yang membahagikan antara kedua bangunan. walaubagaimana pun siastan masih diteruskan.
NONE
"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakawaan itu. Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan - tambah pengarah tersebut.

Memang tiada tembakan kerana ianya dalam bangunan ?

Apakah memadai hanya dengan laporan sejumlah itu untuk mengatakan PDRM tidak KASAR kepada pendemonstator? di mana pula rakaman YB Khalid di pukul, di mana YB Anwar di tembak dengan kes, rasanya banyak lokasi yang mengambrkan " kekejaman " yang tidak di laporkan.

Dan mengapa pula Tuan Salleh menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan berkenaan. "Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu. Bagaimana pula beliau tahu yang ramakan itu palsu apakah kata-kata bidalan ini boleh di gunakan pakai dalam hal ini " yang bodoh makan sicerdik " siapa bodoh dan siapa cerdik.

Akhirnya beliau juga berkata "Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA