Memang tidak dinafikan ramai bijak pandai teruma tenaga pengajar di universiti memiliki daya fikir bagitu rendah sekali, kerendahan daya fikir ini kerana ramai kalangan bijak pandai yang " hidup " dengan keujudan UMNO, makan minum dan sara hidup yang lain hanya UMNO yang mampu berikan, kepada orang Muslim mereka sudah lupa adanya rukun Iman - khususnya mereka lupa kepada " kepercayaan Kepada Allah " sebalinya mereka lebih percaya kepada UMNO.
Mereka juga tidak dapat membezakan yang mana kerajaan dan yang mana parti politik, sedangkan keujudan kerajaan kerana adanya parti politik, jika parti yang menubuhkan kerajaan itu tumbang maka sudah pasti kerajaan yang baru di bentuk oleh parti yang baru. Dan kaedahnya pula makin banyak kerusi yang di kuasai makin mudahlah parti itu memerintah. Sebab itu parti yang memerintah memerlukan 2/3 dari kerusi yang dipertandingkan. Kesan tsunami politik pada PRU 12 menyebabkan 4 negeri tumbang ke parti baru. Negeri tersebut masih lagi dalam Malaysia, masih lagi beragongkan agong yang ada, masih menggunakan perlembagaan Malaysia yang sedia ada, dan hatta masih mengguna akta tubuhnya negeri yang diperintah.
Mana ada beza, mana ada pecah belah kaum, mana ada kalangan negeri-negeri ini yang inginkan " Kemerdekaan ", kiblat pemerintahan masih lagi ke Putra Jaya. Jadi apa salahnya bertukar pemerintahan? Apa yang nak ditakutkan?
Lihat saja betapa lemahnya daya fikir cerdik pandai ini, bertaraf professor. Kenapa daya fikirnya lemah? kerana mungkin dia dapat professor kerana UMNO yang pilih, sebab beliau pernah menduduki kerusi AJK UMNO Bahagian Pasir Salak sezaman dengan Allayarham Megat Junid dan Ramli Ngah Talib.
Cadangan Dr. Atory Husein agar kerajaan mengambil tindakan kepada Malaysian Insider kononnya pemberitaanya memberi kesan buruk kepada keselamatan dan keamanan negara. Kalau di teliti tulisan tersebut hanya berkaitan dengan kepincangan apa yang sedang berlaku dalam UMNO kini, dan sudah tentu ianya tidak melibagtkan negara. Atau apakah beliau dapat merasakan yang UMNO / BN kini sedang nazak dan sudah tidak diperindahkan oleh rakyat? Mengapakah agaknya Dr. Atory pensyarah di USM sudah nampak yang UMNO / BN amat perlu di berikan talian hayat.
Disini juga memperlihat kenyataan bahawa peranan media perdana UMNO iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian sudah tidak diterima oleh masyarakat masa kini, hinggakan media nyamok seperti Malaysian Insider bagitu di takuti. Jika benar Malaysian Inside cuba mempengaruhi rakyat, sepatutnya Dr. Atory boleh mencadangkan penggunaan Akta Hasutan agar media ini di sekat dari penerbitannya. Disinilah kelemehan beliau atau apakah beliau juga kepingin untuk menawarkan diri dalam pertandingan PRU13 nanti.
Jika benar pihak Dr. Atory ingin melihat negara ini bebas dari tekanan dan keadaan lebih selesa serta dapat pengiktirafan dunia kenapa beliau tak berani memberikan komen kaitan dengan larangan kemasukan peguam Perancis ke bumi Malaysia - peguam tersebut William Bourdon ( gambar bawah ) hadir ke Malaysia untuk memberikan penerangan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur khusus kaitan dengan komisyen " scorpene ". Apakah sdr. Atory tidak nampak permasalahan yang akan di hadapi oleh Malaysia dengan melarang peguam tersebut.
Sepatutnya yang perlu takut kepada media alternatif ialah Datu Seri Najib dan Datin Rosmah, bukannya beliau. Apakah kini Sdr. Atory sudah nampak untuk menjadi calun PRU13 dan kegiatan untuk meletakkan diri dalam arena politik sebeluim PRU13 nanti adalah satu perancangan yang cukup teliti.
Akhirnya memang sungguh mendukacitakan " buruk perangai dan tidak profesional " yang di paparkan oleh professor ini. Atau apakah dengan gaji yang diterima setiap bulan sudah tidak cukup untuk pembiyaan harian sehingga sanggup menjadi " pengampu " kelas pertama. Bagaimana pula nasib dan masa depan pelajar jika professornya sedemikian rupa? Baginilah nasib seorang Profesor jika taasub dengan umno sehingga hilang rasional apabila memberi pandangan.
Macamana USM sebuah Universiti yang dilihat jelas demokratiknya boleh menerima "Prop Pengampu dan Banggang" seperti Atory (macam nama Samurai Jepun) ini, kan kah lebih sesuai dan amat sinonim bagi individu sepertinya berkubu di UUM sintok sahaja? Mungkinkah beliau ini akan dijadikan "nila setitik" untuk susu sebelanga (USM)? Kena tanya Prop Abd Aziz Bari (Pakar Perlembagaan) dalam hal ini, kerana hanya "Jauhari yang mengenal Manickam" bukannya hanya "Mat Monggol yang mengenal Samymallu"
ReplyDelete