Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, May 30, 2011

PRU 13, BENARKAH " ORANG KAMPONG " PILIH UMNO?

PRU 12 pada 2008 di iringi dengan sejumlah 16 PRK hingga 2010 telah memperlihatkan bagaimana perubahan daya fikir pemilih di Malaysia, kemudian di ikuti dengan PRN untuk negeri Sarawak. Rata-rata sama ada PRU 12, 16 PRK dan PRN Sarawak cukup merunsingkan BN khususnya UMNO, pemilih di kawasan pekan khususnya kaum Cina sudah " berputus arang " untuk tidak lagi memberikan undi mereka kepada ( MCA / Gerakan ) yang bernaung bawah BN. Yang jelas bagaimana DAP boleh menang hingga 15 kerusi DUN di Sarawak? di kawasan mana mereka menang? Jelas ianya merunsingkan UMNO.

Walau pun ada perkembangan yang memberansangkan di peringkat luar bandar, tapi UMNO / BN masih mengeksplotasikan kepada para pengundi di luar bandar. Memang tidak dinafikan keanggohan dan kesombongan pemimpin UMNO / BN adalah dengan adanya para pengundi di luar bandar. Tapi dengan apa yang terjadi di PRN Sarawak terus mengejudkan pemimpin UMNO / BN. Kemenangan di Sarawak adalah dalam keadaan undi majoriti BN merosot dengan teruk sekali.

Apakah UMNO / BN akan terus menerus mengharapkan " orang kampong " memberikan kepercayaan kepada kepimpinan mereka. Strategi Umno memang mahu mengekalkan majoriti masyarakat Melayu di kampung-kampung dalam keadaan daif, dihimpit masalah ekonomi, kebergantungan dengan kerajaan, tidak terdedah dengan maklumat, manakala golongan yang berpendidikan tinggi akan meninggalkan kampung. Bagaimanapun, berdasarkan trend pengundian masyarakat Melayu, khususnya di kampung dan penempatan Felda, impian itu berdepan cabaran yang cukup sengit, mereka masih lagi " dulu, kini & selama-lamanya "

Tumbangnya 5 - 1 negeri pemerentahan BN ke tangan PR ( Kelantan, Kedah, Pulau Pinang & Selangor ) telah memgerikan impak yang mendalam kepada UMNO / BN, walau pun negeri selatan semenanjung masih memilih UMNO / BN apa yang terjadi di N9 cukup merunsingkan, dan dengan gagal untuk memperohi majoriti 2/3 di N9 bermakna kini hampir semua negeri sudah tidak " kukuh " untuk UMNO / BN.

Kita ambil contoh 2 negeri di semenanjung N.9 dan Selangor, N. 9, UMNO / BN gagal untuk menang dengan majoriti dan sebaliknya diSelangor kalah dan kini menjadi pembangkang. DAP menang di Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Lukut, Repah dan Senawang. KeADILan, di Sikamat, Ampangan, Chuah dan Port Dickson, PR memerlukan 4 kerusi tambahan untuk memerintah?

Apakah benar bahawa masalah politik orang Melayu lebih kepada kesukaran untuk mempengaruhi persepsi mereka, yang dipegang atau diwarisi sejak lama, dan bukannya berkisar kepada halangan untuk mendapatkan maklumat ataupun informasi terkini? Benarkah pengundi Melayu sudah cukup dibekalkan dengan segala fakta dan data tentang realiti politik Malaysia yang rencam ini? Ada pendapat yang mengatakan, bukannya mereka jahil sangat tentang seribu satu penyelewengan, salahguna kuasa dan korupsi pemimpin Umno. Malah mereka juga arif tentang kebobrokan akhlak dan gaya hidup pemimpin yang menyimpang daripada tuntutan Islam.

Tanpa mengetepikan hakikat bahawa masih ada sekelompok orang Melayu yang terus "ditawan" oleh akhbar Utusan Malaysia dan siaran propaganda RTM dan TV3 -- dan ini juga memerlukan penekunan tersendiri untuk memecahkan kepompong itu -- tetapi apa yang lebih urgent adalah memastikan persepsi atau tanggapan mereka tentang real politik dipandu oleh kesedaran mendalam dan maklumat yang kemaskini. Pendekatan sosiologikal menekankan bahawa status sosioekonomi (pendidikan, pendapatan dan kelas), agama, etnik dan tempat tinggal (bandar dan luar bandar) mempunyai kaitan yang rapat dengan pilihan pengundi.

Kini pengundi di Malaysia semakin matang untuk membuat pilihan secara rasional. Masalahnya, kadang-kadang sentimen dan emosi dapat mengalahkan pilihan rasional, meskipun profil pengundi kian sofistikated dan berilmu. Ya, dalam politik, kebenaran bisa sahaja "ditewaskan" oleh persepsi. Percaturannya tidak semudah "1+1=2".

Kepada parti pembangkang satu-satu kebenaran dan hujah rasional jika dibentangkan secara bijaksana, berhemah serta dapat menawan imiginasi, akhirnya akan membentuk satu persepsi yang lebih mantap dan "bertahan lama".

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA