Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, May 14, 2011

DONT BITE THE HAND THAT FEEDS YOU


" Don't bite the hand that feed you "
" JANGAN GIGIT TANGAN YANG MENYUAP ANDA "

Wilayah Persektuan Putra Jaya adalah sebuah bandar elite selain dari pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, dan kawasan ini di bawah pimpinan YB Tengku Adnan, Setiausaha Agung BN. Sebagai sebuah kawasan pengurusan dan pentadbiran negara sudah pastilah hampir 99% mereka yang berada di kawasan adalah pegawai dan kakitangan kerajaan, dan apabila disebut kakitangan kerajaan, sudah pasti sumber pendaptan mereka dari " saku " kerajaan, dan kerajaan persekutuan pada masa kini adalah dari parti BN, dan BN pula di " kuasai " sepenohnya oleh UMNO. jadi bagi orang UMNO, merekalah yang membayar gaji semua kakitangan tersebut. Benarkah demikkian?

Bagi kawasan elit Putra jaya ini ianya di tadbir urus oleh Perbadanan Putra Jaya yang juga perlu tunduk kepada semua kehendak kepimpinan yang ada jadi kekadang perbadanan ini juga terkeliru dengan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka. Mengapa mereka perlu tunduk kepada kehendak " UMNO ", papan iklan ( bill board ) yang dipaparkan jelas perbadanan ini sudah dikuasi oleh " pemerintahan " UMNO dan mereka sudah mula hilang taring pemerintahan sendiri.

" When you drink, remember your source " - pernah juga di tulis pada satu ketika, tapi mungkin bidalan bahasa ini tidak bagitu mengancam dan seolah-olah boleh di guraukan ianya digantikan dengan yang baru, Perbadanan Putra Jaya juga perlu ingat, semua mereka yang ada di Pusat Pentadbiran ini adalah mereka yang bekerja dan ada antara mereka pakar bahasa, dan mungkin lain-lain pakar. jadi jangan main sedap mulut sahaja untuk tujuan tersebut.

Perbadanan Putra Jaya juga perlu ingat, sumber pendaptan kerajaan bukan semata-mata dari mereka yang menyokong kerajaan tapi sebaliknya semua rakyat perlu membayar cukai untuk tujuan pembangunan di sesebuah negara dan ianya termasuk Malaysia. Jadi siapa yang " feed " kita semua? so sendiri mau ingat.


Satu renungan sahaja.

2 comments:

  1. fahami betul-betul, apa itu kerajaan, apa itu parti politik...ketahui juga apa tanggungjawab kerajaan....baru tidak timbul kenyataan dangkal akal sebegini....baru tidak mnyerlah kebodohan kalian mengeluarkan kenyataan sebegini...

    ReplyDelete
  2. anonymous kat atas ni merepek ape.. so what? hatta seorang ayah yang menyara anaknya pun tidak layak berkata DONT BITE THE HAND THAT FEEDS YOU kpd anaknya. inikan pulak najib? kerajaan? parti politik?

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA