Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 15, 2011

UMNO AMBIL ALIH HAKIM PENDAKWAAN KES DSAI

Malaysia tidak lagi " mengamalkan " perundangan yang di sediakan malahan kelibat para hakim juga tidak lagi mengamalkan sikap " berkecuali ", mereka lebih condong kepada kerajaan yang membiayaai " wang saku ". Kita lihat petuduhan kepada DSAI sejak Tun Mahathir " menendang " beliau tempoh hari, serta kelahiran Pakatan Rakyat telah memperlihatkan sistem perundangan negara telah terhakis. Kepimpinan dari PR ( gagasan PAS, PKR dan DAP ) akan disiasat sebaik saha dilaporkan, apa saja cara pelaporan dibuat, siasatan rapi diperlukan tidak kepada kepimpinan dari BN. Mereka seolah-olah kebal dari setiap perundangan yang ada.

Kita berikan fokus kepada Kes Fitnah Liwat 11 - DSAI.


Dato Hamidah ( gambar ) yang juga EXCO kanan Perak, juga bertindak sebagai Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia telah mengupulkan " ribuan " wanita seluruh Perak khusus nya di bahagian beliau sendiri dengan satu nada untuk memastikan DSAI dapat memberikan sampel darah bertujuan di adakan ujian DNA terhadap pertuduhan yang beliau hadapi masa kini. Pada perbicaraan yang sedang di jalankan masa kini pihak hakim telah memutuskan bahan bukti yang diberikan tidak " releven " dan di tolah, tuala Good Morning, berus gigi dan botol minuman gagal menjadi bahan bukti. Kegagalan tersebut seolah-olah sudah membuktikan pertudahan terhadap DSAI kaitan dengan kes Liwat 2 ini adalah perancangan politik semata-mata.

Untuk itu, kepada Hamidah, ini adalah masa untuk beliau memainkan peranan dan memperlihatkan " wanita besi " kepada kepimpinan di PWTC, beliau adalah antara mereka yang memperjuangkan nasib dan masa depan orang Melayu. Kita perhatikan gambar-gambar di bawah berliau berjaya mengumpulkan sebilangan kecil kaum wanita untuk tujuan tersebut.



wanita UMNO bergaya dengan " manila kad " marahkan DSAI

Kenapa agaknya Wanita UMNO ini beria-ia benar " memaksa " DSAI untuk menyerahkan darahnya untuk di uji. Apakah mereka tahu apa itu DNA? Mereka tau ke pihak pendakwa telah gagal membuktikan yang DSAI bersalah dalam kes ini? Berapakah agarnya bayaran yang diterima kerana hadir pada majlis tersebut?

5 prinsip tentukan negara maju yang diiktiraf

YB DS TGHA - presiden PAS

Tindak tanduk pemimpin UMNO yang mendalangi demonstrasi ini jelas mengesahkan ia adalah perancangan politik orang tentu untuk menghalang DSAI terlibat samaa di PRU 13 nanti. Bagi Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berkata, " demonstrasi yang didalangi Umno bagi menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA membuktikan bahawa isu liwat mempunyai kepentingan politik ". “Demonstrasi itu jelas bahawa kes ini adalah kes politik yang diwujudkan bukan satu hakikat sebenar, tetapi agenda politik berdepan pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.




Wanita UMNO di zaman Mellinium

Tapi yang pelik bin ajaib, tiba-tiba saja wanita UMNO bertindak sebagai sebahagian dari pihak pendakwa dalam kes ini. Siapa Wanita UMNO? Siapa wanita UMNO dalam sistem penghakiman negara, kenapa pihak luar pula yang perlu memaksa dan melobi pihak hakim untuk memastikan darah DSAI perlu diserahkan? Dalam daya fikir mereka bahawa apa yang dirancang perlu menjadi dan mereka tidak fikir bahawa perangan Allah swt adalan perancangan yang sebenar-benarnya.


pkr congress pc 271110 saifuddin nasution


Ia akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya", kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di parlimen. Saifuddin (
kiri) yang juga anggota parlimen Machang berkata program itu melibatkan ceramah dan pengedaran risalah. Ditanya tentang bantahan kumpulan NGO di ibu pejabat PKR semalam, Anwar mengaitkannya dengan usaha Umno untuk menanganinya.


Adalah lebih baik kalau benar-benar UMNO inginkan kemajuan dan kejayaan dalam kepimpinan apa salahnya memohon kepada Najib dan Rosmah untuk berterus terang dalam kes Pembunuhan Altuntuya, ini kerana nama Rosmah telah pun disebut oleh salah orang saksi pendakwaan, juga desak Rais Yatim nyatakan apakah benar beliau terlibat dalam kes apa yang dilaporkan wikilieaks.

Disini jelas menjunkkan kes ini adalah satu perancangan yang " kurang " rapi oleh pihak tertentu dalam memastikan DSAI menghuni semula Sungaki Buluh.



Hamidah bersama wanita UMNO di rapat tunjuk tersebut.
Apakah wanita di pergunakan oleh Hamidah?





Mereka mengangkat tangan bila di arahkan?

" Kuman seberang laut nampak sebaliknya gajah di depan mata tak kelihatan" . Itulah pepatah yang sesuai untuk digunakan terhadap orang UMNO masakini dan selama-lamanya. Bertaubatlah dan beristigfar kepada allah dan mohon kepada Nya agar dosa dan amalan yang tidak sihat sebagini dapat di ampunkan dosanya oleh Nya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA