Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 15, 2011

DSAI - SENTIASA BERJIWA RAKYAT

8 March 2011 yang lalu, ada kalanguk kepimpinan sibok dengan urusan masing-masing, ada yang ke meja mesyuarat, bermain golf, berbincang urusan perniagaan dan berehat dengan keluarga tapi bagi DSAI masa terluang bagini tambahan pula beliau " di larang " untuk hadir ke parlimen, sebagai ahli parlimen Permatang Pauh masa ini beliau seorang " penganggor ", masa terluang ini DSAI menghabiskan masa bersama-sama dengan para pengudi di kawasan beliau sendiri.



Yang baju biru tu Pak Halim. Ketua Ranting Kampung Belah Dua

Sikap rendah diri, dan saling menghormati tak kira tua muda, beliau dapat menyesuaikan diri di mana-mana sahaja. Bagi masyarak Permatang Pauh bukan tak tau pada masa ini ahli Parlimen mereka sedang berperang di mahkamah atas isu Liwat 11, tapi penduduk di sini seolah-olah tidak menghiraukan pertuduhan tersebut dan menganggap ianya adalah mainan politik orang tertentu. Masakan tidak semasa PRK Perlimen Permatang pauh pada 2008 bukan sekadar menang tapi DSAI dapat majoriti undi yang bertambah. Kemenangan tersebut memberikan laluan kepada beliau untuk menduduki kerusi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Tidak seperti pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang lebih gemar mengekalkan sifat kebangsawanan mereka, hdan mereka kepimpinan BN khususnya dari UMNO boleh dan mampu bersama rakyat semasa pilihanraya terutama PRK, ada kalangan yang sanggup menoreh getah, ada yang sanggup bemalam di pondok buruk, bagi mereka " berpura-pura " adalah maianan biasa dan yang penting " kemenangan " dalam politik. Tapi bukan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya beliau selesa bertemu rakyat marhaen.




DSAI bersama " rakan setia " di warung sedang ngopi



Sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, minum kopi sambil beramah mesra dengan rakyat bukan sesuatu yang asing buat Anwar.

Hal ini terbukti apabila beliau bersama penduduk Kampung Belah Dua tanpa mengira kaum mahupun usia ketika singgah di Kampung Belah Dua semasa dalam perjalanan ke Kota Sarang Semut, Kedah semalam.



Kita berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk terus sihat dan dapat meneruskan perjuangan untuk kepentiangan bangsa, agama dan negara.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA