Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 5, 2011

SPR MENGATASI MAHKAMAH DALAM KES DUN LENGGENG

Sebenarnya, apa yang berlaku dan diputuskan oleh mahkamah di ketahui oleh semua pihak apakah keputusan SPR, dan tidak ada siapa yang mengjangkakan perlu diadakan PRK ke 18, selepas Merlimau dan Kerdau. SPR ini memang sudah bertindak dan menjadi agen rasmi kepada kerajaan. Bagi mereka ( SPR ) hanyalah ADUN adan MP itu " mati " barulah diperlu diadakan pilihanraya.

"Proses undang-undang akan memakan masa. Selepas Mahkamah Tinggi, beliau boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan dan kemudian ke Mahkamah Persekutuan dan ada juga pengampunan diraja,” kata Abdul Aziz kepada wartawan di Merlimau.

Apa yang dikatakan oleh Pengerusi SPR itu adalah kebenaran, dan tidak dinafikan kebenarannya. Itu adalah perundangan yang ditetapkan tapi malangnya, perundangan di Malaysia ini adalah hak dan kemudahan kepada BN / UMNO. Tapi apakah yang akan diputuskan oleh SPR jika yang terhukum adalah dari pihak pembangkang, juga undang-undang digunakan dan ia perlu dirujuk kepada yang memihak kepada BN / UMNO juga.

NONE

Tan Abdul Aziz Mohd. Yusof ( gambar ) perlu bercakap ikut perundangan dan tak perlu memperbodohkan rakyat masa kini, semua orang sudah tahu di mana dan kearah mana pendirian yang dilaksanakan oleh SPR di bawah pentadbiran beliau. Beliau memang bagitu memihak.

Kita boleh lihat beberapa contoh dan tragedi yang memperlihatkan beliau memainkan peranan untuk kepentingan UMNO / BN. Kes di Perak, Kes di Kedah, dan Kes terakhir di Selangor. Selain dari SPR, mahkamah juga seolah-olah sudah hilang " pendirian " dalam mempengadili setiap permasalahan perundangan di negera masa kini. Apakah kedua-dua agensi kerajaan ini telah mendaftar sebagai ahli gaboangan BN terkini? Atau apakan mereka menjadi " the climbing dog " kepada UMNO / BN.


NONE

Mustafa Salim adalah masih ADUN Lenggeng ( gambar ) tidak perlu khuatir akan kerusi yang di milik, sudah pasti ianya tidak akan terlepas kerana hukuman akan di " adjust " akan bersalah tetap salah tapi hukuman tidak di jatuhkan. Alangkan seronoknya menjadi wakil dan orang kuat UMNO / BN, setiap tindakan kita boleh mengatasi perundangan yang di cipta di Malaysia.

Proses perundangan telah ditetapkan oleh SPR, "Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi. Tambah Pengerusi SPR.

SPR telah bercakap dan seolah-olah memberi satu injuksi kepada mahkamah agar hukuman perlu tapi ianya tidak layak diadakah pilihanraya, kerana "Pilihan raya kecil tidak diperlukan jika sesuatu kerusi diisytiharkan kosong dua tahun sebelum tempohnya berakhir. "Dewan undangan negeri Negeri Sembilan pertama kali bersidang pada 28 April 2008 dan tempohnya berakhir pada 28 April 2011,” katanya.

Kesimpulannya, itulah sebabnya pemimpin BN / UMNO sangat gemar menyalahgunakan kuasa dan amat suka rasuah kerana mereka telah di lindungi oleh pihak-pihak tertentu.

1 comment:

  1. Ikut aje lah,selagi tak langgar undang2 negara xpa lah......xpayah bising2 kerana buat letih aje.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA