Kini negera sedang menuju ke alam " punah " bukan kerana di gegarkan dengan letupan gunung berapi, bukan kerana banjir yang melanda, bukan kerana serangan penyakit tapi perubahan peribadi kakitangan awamnya sendiri, pemimpin yang diamanahkah sudah tidak amanah, bagi kakitangan awam yang berjumlahhampir 1.5 juta orang dari 27 juta keseluruhan rakyat Malaysai, sudah kehilangan prinsip hidup. Kehidupan yanmementing kepentingan peribadi dari memajukan rakyat.
Pendedahan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, hari ini sudah ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan. Beliau berkata, pada 2009 sahaja Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki."Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib," katanya.Beliau menegaskan demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan.
Apakah penjawat awam juga akan berjinak-jinak dengan amalan rasuah?
Cerita 1:Apakah penjawat awam juga akan berjinak-jinak dengan amalan rasuah?
Lihat sahaja tragedi di mana tertangkapnya Timbalan ketua setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Bakaruddin Othman, ( gambar ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini atas tuduhan rasuah sewaktu menjadi yang dipertua Majlis. Dia dituduh menggunakan jawatannya sebagai yang dipertua MPS untuk meluluskan pembiayaan daripada MPS sebanyak RM26,500 untuk kerja selengaraan rumah miliknya sendiri. Kenapa beliau sanggup menggadaikan maruah diri, mengapa dengan jawatan yang hebat itu di nodai dengan hanya sejumlah itu. Bukannya beliau tidak ketahui yang perbuatan nya salah, meng"upgrade"kan rumah dengan wang kerajaan.
Cerita 2:
Dengan jumlah yang kurang dari RM5k, seorang bekas Pengetua Institut Latihan Jabatan Kemasyarakatan Kemas sanggup memperdaya serta membuat kekeliruan dokumen baucer bayaran ( Kosmo 25 Feb. 2011 ), kalau di lihat denda yang diterima amat jauh daripada apa yang didapatinya. Sudah tentu masa depan beliau tidak menentu, hukuman 10 bulan penjara dan denda sudah cukup menyiksa penghidupan harian beliau. Mengapa beliau boleh hilang pedomman hanya dengan jumlah sekecil itu?Mustafa Salim : ADUN Lengeng
Cerita 3:
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu. ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.
Cerita 4:
Ini sudah menjadi amalan kepada parti pemerintah apabila adanya pilihanraya, tambahan pula di PRK, macam-macam peruntukan di keluarkan, bukankah cara ini juga di anggap rasuah, dan tindakan bermoral oleh pemimpin?
Bercakap pada sidang media selepas berucap dalam majlis bersama pemimpin di Felcra Rumpun Makmur, Shafie berharap parti bertanding mengikuti arahan pihak berkuasa. Baliau berkata, jika ini tidak dipatuhi mungkin suasana akan "jadi lebih ganas". Beliau sebelum itu mengumumkan projek sambungan paip di lima kampung di Kerdau untuk kegunaan 141 rumah yang bernilai RM4.2 juta.
Cerita 5:
Tindakan tidak bermoral ini, jelas kelihatan di PRK DUN Merlimau dan Kerdau, TPM yang juga Menteri Pelajaran telah menggunakan sepenoh kuasa untuk memancing undi dengan mengamalkan prinsip " salah laku kepimpinan " Selain TPM, KM Melaka juga turut bertindak dan melakukan perkara yang sama. Penyerahkan basikal untuk kemudahan pelajar - apakah mereka tidak nampak masalah ini sebelum PRK, sumbangan kewangan, sumbangan projek, sumbangan pembinaan rumah, sekolah. Pihak GLC - Felda juga tumpang semangkok dalam penyalahgunaan kuasa ini dengan memberi insentif Tanam Semula kepada 433 peneroka bernilai RM1.8 juta. Pembinaan sekolah agama rakyat bernilai RM1.5 juta. itu sebilangan kecil contoh apa yang dilakukan oleh pemimpin pemerintah untuk memastikan undi dari rakyat memihak kepada mereka. Bukan kah ini juga rasuah?
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik. Sudah di Bulan Mac baru pihak kementerian nampak GSTT ini diperlukan semula, untuk itu tindakan TPM ini jelas di pengaruhi oleh sentimen politik semata-mata.Sepatutnya keperluan tenaga pengajar di rancang di setiap penghujung tahun, kerana ini boleh memberikan kemudahan dan kesesuai kepada pihak sekolah merancang dan melaksanaan Pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Untuk itu pendedahan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, terhadap penjawat awam memang patut berlaku kerana, penjawat awan menjadikan pemimpin sebagai " idola " mereka. Apa yang pemimpin buat itulah menjadi ikutan kepada penjawat awam.
Salam..sebagai menghormati 'tuan tanah'..the rest..u should REALLY get ur fact right!Kalau xtau mana betul mana FITNAH,jgn disebarkan.Know the TRUTH bout the stories.Let Allah decide..wallahualam.
ReplyDelete