Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 17, 2011

DATO TAJUDDIN - GUNAKAN WANG FELCRA

Kain Pemidang - Forum Perdana Anjuran Bersama
Felcra dan Pusat Khidmat Parlimen Pasir Salak

Felcra adalah sebuah GLC ( Goverment Link Company ) yang cukup mewah pada masa ini, para peneroka mendapat imbuhan yang cukup " lumayan", hebat dan di harapkan ianya terus hebat dan sudah pasti dapat memberikan kepuasan kepada pesertanya. Tapi walau bagaimana pun jika pengurusan Felcra dapat berjimat dan menggunakan sumber kewangan yang di perolehi untuk kepentingan generasi Felcra itu sendiri suduh tentu yang hebat tadi menjadi lebih hebat.

Tapi sejak akhir-akhir ini banyak sangat program dan aktiviti Felcra yang melibat kan cara terus untuk kepentingan orang tertentu, Felcra sudah seolah-olah menjadi " kuda tunggangan " kepada pihak lain yang sudah tidak ada langsung kaitan dengan " kepentingan " kaum peneroka itu sendiri.

Ulasan ini adakah kaitan dengan forum pada 17 Feb. 2011 yang lalu diadakan satu Forum Perdana: Semperna Konvensyen Modal Insan, Peringkat Luar Bandar Negeri Perak 2010, kenapa perlu Felcra mengeluarkan belanja yang agak tinggi, kewangan Felcra perlu menyediakan tempat, makan minum jemputan malahan pengangkutan juga tidak ketinggalan. Sepatutnya Jawatankuasa Konvensyen sudah pasti menyediakan peruntukan kewangan dan sudah pasti sumber itu datangnya dari Kerajaan Negeri Perak, kerana projek tersebut untuk " Rakyat Perak " dan ia bukan dari anak-anak kelahiran Felcra.

Sudahlah lokasinya bukan di tanah rancangan Felcra, sedangkan kawasan Felcra langsung tidak kelihatan kain rentang menunjukkan program tersebut. Apa sudah jadi dengan pengrusan Felcra? Kenapa perlu diadakan di Chenderong Balai?

Atau apakah pada masa kini sumber pendapatan Felcra juga " boleh " dan " halal " digunakan untuk kepentingan politik orang tertentu?, dengan itu memang patutlah pihak dan rakan-rakan peneroka sentiasa merungut kaitan denan sumber pendapatan meraka yang sepatutnya " lebih " mewah dari apa yang ada pada masa kini.

kini pihak Felcra telah dan sedang terus menyalah gunaan kewangan GLC tersebut dengan mengadakan berbagai program untuk kepentingan orang tertentu

1 comment:

  1. Felcra buat program agama, apa salahnya? kenapa PAS ada halangan dgn program agama pulak? DAP tak beri persetujuan ke?.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA