Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang. Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit. Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu. Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.
DUN Kerdau di huni seramai 8451 pengundi dengan majoriti pengun di adalah Kaum Melayu sejumlah 89% dan diikuti oleh Cin5.6%, India 3.6% dan lain-lain 1.8%, pada PRU 12 tempoh hari, Pakatan Rakyat telah di wakili oleh calun PAS, dan PAS melalui Hassanuddin Salim berjaya mengurangkan majoriti dari 2565 undi ke 1615 undi sahaja.
Penambahan undi bukan lah penentu kepada siapa yang bakil menjadi calun antara gagasan PR, khusus dari PAS dan UMNO kerana, ini ada hubung kait di Tenang tempoh hari, di mana majoriti pengundi Melayu telah " kembali " ke UMNO dan Tenang telah dapat mengembalikan " Melayu " ke UMNO.
Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang. Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari. Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung. Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.
SPR kini sedang mencari helah bagaimana untuk memastikan BN / UMNO terus mengungguli PRK, kerana sejak kebelakangan ini PRK semua telah dimenangai semula oleh UMNO. Apakah ini di ertaikan undi Melayu mula berpihak ke UMNO semula? Tapi yang anehnya, undi Kaum Cina terus memberikan kepercayaan kepada PR? Macam-macam helah dan lalih yang diberikan oleh SPR untuk kemestian kemenangan kepada UMNO / BN.
No comments:
Post a Comment